NABI LUT
Kembali
Nabi Lut menasihati mereka melalui sebuah jendela, agar mereka penduduk
yang sesat itu kembali kepada isteri mereka
masing masing, yang sudah diajarkan halal
bagi mereka. Membuang adat yang kotor itu sejauh jauhnya, dan
memperingatkan, bahawa
kalau mereka tak menurutkan nasihatnya akan
datang seksa Tuhan yang sehebat hebatnya.
Nasihat Nabi Lut ini
mereka
jawab dengan berkata: Hai Lut, kami tidak
tertarik kepada anak anak perempuan engkau, kami tidak hendak dan tak
ingin terhadap
perempuan, engkau sudah tahu apa apa yang
kami ingini itu.
Nafsu mereka sudah tiba di puncak matahari dan
perasaan
mereka sudah tertutup oleh nafsu yang
memuncak itu, sehingga nasihat yang bagaimana juga pun hebatnya tidak
akan terdengar
lagi oleh telinga mereka, tidak akan diterima
lagi oleh akal mereka. Mereka semakin mendesak memaksa masuk ke rumah
Nabi Lut.
Mereka masuk lantas menyerbu terhadap tetamu
yang dua orang itu, berebutan sebagai binatang buas.
Melihat
hal yang
demikian itu, kedua orang tetamu itu, iaitu
Malaikat malaikat yang diutus Tuhan itupun berkata kepada Nabi Lut: Hai
Lut, janganlah
khuatir benar, kami ini Malaikat yang diutus
Allah untuk mengabulkan doa engkau dan melepaskan engkau dari bahaya
besar ini,
mereka tidak dapat berbuat apa apa terhadap
engkau dan kami, mereka malah akan dapat dihancurkan. Barulah hilang
ketakutan
dan kekhuatiran Nabi Lut. Dengan sekejap
mata, Nabi Lut, anak perempuannya, dua Malaikat itu sendiri beserta
orang orang yang
beriman dengan Lut, dapat meloloskan diri
dari kepungan kaum derhaka itu. Nabi Lut dan pengikut pengikutnya
diperintahkan
Malaikat itu untuk meninggalkan desa yang
keparat itu, dan tidak dibolehkan membawa isterinya sendiri, karena
isterinya termasuk
mereka yang akan menerima seksa. Seperginya
Nabi Lut dan sahabat sahabatnya, maka turunlah seksa Tuhan atas desa dan
penduduk
desa itu. Mula mula sekali bergoncanglah bumi
dengan sehebat hebatnya, sehingga runtuh segala gubuk dan gunung,
segala gedung
gedung dan rumah rumah. lalu turun hujan batu
yang sehebat hebatnya. Sehingga dalam sekejap mata saja, datarlah
kampung itu
dan lenyaplah semua penduduk yang jahat,
engkar dan derhaka itu.
Firman Allah: Kejadian itu adalah satu ayat Allah,
tetapi banyak orang yang tidak percaya.
Sungguh hebat dan mengerikan sekali siksa Tuhan yang ditimpakan
kepada kaum
Lut, kerana kejahatan yang mereka lakukan
adalah puncak segala kejahatan, iaitu yang dinamai kemesuman, bahkan
puncak dari
segala perbuatan mesum. Pembunuhan,
perzinaan, perompakan semuanya itu adalah perbuatan mesum, perbuatan
yang menjatuhkan
darjat manusia. Tetapi melepaskan nafsu
berahi (sexual) antara sesama lelaki atau sesama wanita, adalah lebih
mesum dari semua
kemesuman kemesuman yang tersebut di atas
ini. Binatang pun tak pernah melakukan kemesuman semacam ini.
Bagaimanakah
jadinya masyarakat manusia kalau kemesuman
seperti itu bermaharajalela dan merata? Akibatnya ialah terhentinya
keturunan,
manusia akan lenyap dari permukaan bumi. Bumi
akan kosong dari makhluk yang bernama manusia. Bumi akan didiami hanya
oleh
binatang binatang lata.
Ya, sampai
demikianlah jahatnya manusia berakal kalau dibiarkan, kalau tak mahu
menurutkan
pimpinan Allah dengan perantaraan para Nabi
dan RasulNya. Manusia akan kehilangan rasa malu, bila meninggalkan
pimpinan Allah
dan RasulNya. Tanpa perasaan malu, manusia
akan menjadi lebib rendah daripada binatang yang tak punya akal.
Nabi
Lut beserta kedua orang puterinya beserta
orang orang yang beriman dengannya dihindarkan Allah dari seksa hebat
itu, kerana
mereka orang orang beiman. Tetapi isteri Nabi
Lut turut musnah kerana dia termasuk golongan orang orang yang kafir
itu.
Tetapi sayang, dalam Bible Perjanjian
Lama, Kitab Kejadian 19, ayat 30 sampai 38, dicantumkan cerita yang
sangat menodai
akan kesucian Nabi Lut dan kedua orang
puterinya. Tercantum disitu, bahwa kerana semua lelaki sudah musnah,
sedang puteri
itu menginginkan turunan yang baik, lalu
kedua puteri itu bersepakat untuk memberikan minuman tuak yang
memabukkan kepada
Nabi Lut, agar Nabi Lut menjadi mabuk (hilang
akal atau kesedarannya). Di saat Nabi Lut kehilangan kesedaran itu,
lalu kedua
puterinya itu mengajak bapanya sendiri iaitu
Nabi Lut untuk bersetubuh (Nauzu Billah), agar mendapatkan keturunan
dari bapanya
sendiri.
Alangkah kotor dan mesumnya
cerita yang demikian ini, tertulis dalam sebuah kitab yang mereka
anggap suci.
Nabi Muhammad diutus membawa Kitab Suci
al-Quran di antara lain adalah untuk membersihkan nama dari setiap Nabi
dan Rasul
Allah, termasuk Nabi Lut dan kedua puterinya
itu.
Firman Allah dalam al-Quran: Sesungguhnya Lut adalah
seorang dari
orang orang yang diutus. Ertinya salah
seorang Rasul dari Rasul rasul Allah yang suci dan murni. Tidaklah
mungkin seorang
Rasul Allah akan minum tuak yang haram dan
terlarang, akan mabuk hilang akal dan kesedaran, apalagi akan berbuat
mesum dengan
puterinya sendiri. Sungguh satu tuduhan palsu
yang sangat maksum. Umat Islam wajib membela nama dan kesucian Nabi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment