Bakar al-Quran?!
Sekiranya Mushaf al-Quran dibakar. Ada tiga sisi pandang bagi seorang Muslim dalam isu ini.
Pertama: ketahuilah, sekiranya engkau membakar
mushaf-mushaf itu, sesungguhnya ia hanyalah kertas yang membekas
tulisan-tulisan mulia. Sedangkan ruh tulisan dan pengertiannya memahat
dalam jiwa-jiwa kami. Sedangkan dahulunya al-Quran itu sendiri tidak
berbuku, hanyalah pada lembara-lembaran sahaja. Engkau bakar mushaf itu
tidak lebih daripada sekadar membakar buku lama. Sedangkan orang beriman
itu mushafnya letak di jiwa dan hidup membara. Engkau boleh berusaha
untuk memadamkan Nur Allah, tetapi Allah ialah penyempurna Nur-Nya!يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) Penyempurna cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya”. [QS:61:8]Kedua: sekiranya mereka dibiarkan membakar mushaf al-Quran kami, sekiranya kita tidak melakukan apa-apa, seolah-olah kita menunjukkan kita ini lemah tidak berdaya. Sudahlah kehilangan khilafah, hampir 100 tahun menunggu lahirnya pengganti, tiada berdatangan. Kini diinjak-injak, di sebuah negara pengagung Demokrasi. Tuan presidennya hanya melihat dan menegah dengan kata, ‘Ini kebebasan bersuara’ katanya! Kita perlu lakukan bantahan besar-besaran. Negara ini yang sebenarnya membenar penyangak dan pengganas bersarang di negeri-negeri mereka, kenapa Islam yang dipalit dengan nama buruk?! Kita mesti bangkit menentang! Memang tidak ada makna yang dalam sekiranya mereka membakar mushaf itu, namun, selepas seorang, seorang lagi akan naik, kemudiannya semakin ramai, ummat kita ramai yang jahil, baca Quran bukan sekadar merangkak, lebih dahsyat ramai yang tak reti! Baca al-Fatihah pun tidak lepas, apalagi menghafaznya! Kita perlu tolak manusia ini!
Ketiga: tidakkah kau berasa pelik melihat orang yang beriya-iya membakar al-Quran ini?! Apakah yang sesatnya sehinggakan terdesak untuk membakarnya?! Aku lihat, masih ramai orang seolah-olah tidak mengendahkan si gila yang mahu membakar mushaf ini, dan dia pula terdesak mahukan perhatian. Apa yang cuba dia sampaikan?! Apakah mesej yang ingin dia bawa?! Kalau benar Islam dan al-Quran ini sesat, mengapa hanya ada sebilangan kecil yang melakukan perbuatan radikal seperti ini?! Oh, pelik sungguh rasanya.
Apa yang anda fikirkan tentang ini?!
Kalau saya gabungkan ketiga-tiga sudut pandang ini. Maka inilah jawapan saya.
Apa yang kita lihat berlaku ini adalah suatu taktik yang lemah daripada pihak musuh, siapapun ia, apapun agendanya. Tidakkah pelik, kalau Islam itu sesat, mengapa yang dibakar itu al-Quran?! Bukankah jelas bahawa isu sebenarnya ialah mereka pun tidak punya agenda yang jelas dalam isu ini. Mungkin, mereka ingin menguji sensitiviti ummat Islam dalam isu ini. Mungkin juga mereka sengaja mahu bermain api, dengan respon yang radikal diberikan oleh ummat Islam menjadi bukti bahawa ummat Islam itu adalah pengganas.
Saya sangat pasti bahawasanya si pelaku juga tahu dan arif bahawa pengikut (baca: Orang Islam) al-Quran bukan seperti mana-mana pengikut agama lain. Agama lain ada yang hanya mengkhususkan kitabnya untuk bacaan golongan tertentu sahaja. Agama lain ada yang membenarkan ketua agama untuk mengeksploitasi ayat dalam kitab untuk kehendak dirinya sendiri. Al-Quran adalah kitab yang boleh dibaca oleh semua peringkat umur! Kerana itu, ada sahaja daripada kalangan huffaz semuda usia 5 tahun! Al-Quran itu hidup dalam hafazan para huffaz yang jutaan ramainya di seluruh dunia, apa yang lelaki gila membakar al-Quran ini mahukan sebenarnya?! Adakah dia berasa bahawasanya dengan membakar al-Quran itu orang Islam akan menjadi semakin sedikit?! Aneh, sungguh aneh!
Walaubagaimanapun, masih ada kelemahan kita ummat Islam yang perlu diperbaiki. Masih ramai daripada kalangan ummat Islam. Ramai daripada anak-anak kita, kawan-kawan kita yang sukar atau tidak reti membaca al-Quran. Saya secara peribadi tidak melihat ancaman membakar al-Quran itu akan menjejaskan mereka-mereka ini, namun tidak ada sebab untuk berasa selesa dan membiarkan sahaja ia berlalu seperti kes-kes terpencil. Kerana keselesaan kitalah yang akan membunuh kita.
Tentu lebih pelik kerana dalam negara kita, ada pihak yang ingin menggunakan kalimah Allah dalam injil Bahasa Melayu. Pertama kita kena faham sesuatu tentang injil yang mereka imani ini. Ia bukan dalam bentuk terjemahan seperti al-Quran. Injil daripada bahasa asalnya Ibrani, terus diterjemah ke dalam bahasa yang dikehendaki. Kerananya, maka bahasa asal Ibrani itu hilang. Berbeza dengan al-Quran, al-Quran ini ada dua jenis bentuknya. Satu terjemahan, dan satu tafsir. Ia dua-dua berbeza. Terjemahan hanyalah maksud literal ayat-ayat al-Quran, orang yang hanya merujuk terjemahan, tidak mungkin seorang ulama’ dalam mehamami erti kandungan al-Quran. Sementelah tafsir pula ialah tafsiran kepada ayat-ayat al-Quran, dari aspek kehendak, tujuan, ibrah, maksud kalimah. Hanya orang-orang yang menguasai ilmu Bahasa Arab seperti Nahu, Sorof, Balaghah dan lain-lain sahaja mampu untuk memahami al-Quran seterusnya mentafsirkannya. Kerana itu Ilah dan Rabb dalam terjemahan membawa erti Tuhan tetapi dalam tafsir, ia memberi gambaran berbeza! Dan kerana itulah juga kalimah Allah tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh orang yang memahami Tuhan itu ialah Tiga dalam Satu atau Satu dalam Tiga, kerana kalimah Allah itu sendiri bersifat tunggal! Mahu atau tidak mahu mengaku, memang ada agenda yang tersembunyi disebalik gesaan yang menyedihkan itu.
wAllahu’alam.
No comments:
Post a Comment