Wednesday, October 24, 2012

Cara Mengelak Disihir Melalui Makanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, nampaknya di zaman moden seperti sekarang ni, amalan sihir masih lagi berlaku terutama di kalangan masyarakat melayu. Antara punca berlakunya sihir adalah disebabkan perasaan dendam seseorang terhadap orang lain, iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang ,ada perasaan benci terhadap seseorang dan sebagainya.
Antara contoh-contoh sihir yang sering dilakukan adalah seperti menggunakan jin atau syaitan melalui santau atau guna-guna. Selain itu, sihir juga boleh dihantar melalui makanan dan minuman.
Jadi Ustaz mohd Zawai Yusoh ada memberikan cara untuk mengelak untuk disihir atau disantau melalui makanan adalah membaca ayat ini 7 kali sebelum makan atau minum.
santau Cara Mengelak Disihir Melalui Makanan
DALAM sebutan rumi :
” BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM “
Sekiranya terdapat bacaan santau yang dihantar melalui makanan tersebut, maka .. bekas makanan tersebut boleh pecah dengan sendirinya..
Jadi kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspadalah selalu sebelum makan makanan tertentu terutamanya makanan yang dihantar orang ke rumah kita..InsyaAllah, semoga kita semua dijauhi dari terkena sihir ini..

No comments:

Post a Comment