KETURUNAN
PERTAMA
Dalam kehidupan
bersuami isteri, Hawa mulailah hamil. Tidak lama kemudian lahirlah ke
permukaan
bumi ini turunan Adam dan Hawa yang pertama.
Anak yang pertama ini lelaki seperti Adam. Anak itu diberi nama Qabil.
Alangkah
bahagianya Adam dan Hawa setelah dari
pergaulannya berdua itu, lahir seorang manusia baru, anaknya yang
pertama itu, menambah
anggota masyarakat yang hanya terdiri dari
dua orang menjadi tiga orang. Hawa mulai sibuk menjaga dan mengasuh
anaknya, tidak
dapat lagi keluar membantu Adam bercucuk
tanam dan mengembala ternakan. Adam terpaksa keluar seorang diri dan
bekerja. Setiap
petang kalau dia sudah lelah, dia pulang
kembali ke gua tempat kediamannya untuk istirahat, menemui isteri dan
anaknya. Makanan
yang didapatinya dibawanya pulang dan
dimakannya bersama sama dengan isteri dan anaknya.
Dengan begitu,
kegembiraan hidup
Adam dan Hawa diatas bumi tampaknya semakin
hari semakin bertambah. Kegembiraan yang bertambah itu telah dapat
menghilangkan
kelelahan bekerja dan ketakutannya terhadap
binatang binatang buas.
Setelah berlalu pula kira kira setahun
lamanya, kembali
Hawa menjadi hamil. Tidak lama kemudian,
lahirlah anaknya yang kedua, seorang wanita. Dan anak perempuan ini
dinamai Adik
Qabil. Dengan kelahiran yang kedua ini, Adam
dan Hawa semakin gembira hidupnya dan semakin rajin dan tekun bekerja
mencari
penghidupan.
Begitulah dari tahun ke
tahun, keluarga Adam selalu bertambah tambah dengan anak yang ketiga,
seorang lelaki
dinamai Habil, anak keempat seorang
perempuan, dinamai Adik Habil, kelima, keenam dan seterusnya. Adam
terpaksa bekerja lebih
keras untuk mendapatkan makanan lebih banyak
kerana bilangan keluarganya semakin besar.
Adam dan Hawa menjadi
semakin
tua, sedang anak anaknya pun semakin besar
dan meningkat dewasa. Qabil dan Habil sekarang sudah meningkat jadi muda
remaja.
Akal dan fikirannya mulai timbul. Timbul
perasaan wajib menolong ibu bapanya, bekerja bertani dan menggembala,
menghasilkan
makanan dan minuman bagi keluarganya yang
semakin besar, turut berjuang menjaga adik adiknya dari bahaya singa dan
harimau,
dan binatang-binatang buas lainnya.
Mulai
tampak perbedaan alam wanita dengan lelaki. Anak anaknya yang lelaki
kebanyakan
suka bekerja di luar rumah, bertani, berburu
dan memelihara binatang binatang ternak. Sedang anak anaknya yang wanita
suka
bekerja di rumah, memasak makanan dan minuman
serta menjaga adik adik dan mengurus keperluan keperluan rumahtangga.
Sekalipun
Qabil dan Habil dua bersaudara, sebapa dan
seibu, dan sama lelaki, sama sama dibawah asuhan seorang ibu dan seorang
bapa,
tinggal didalam dan iklim yang sama, tempat
yang sama pula, namun kudrat Ilahi dan kehendak Allahlah yang lebih
menentukan
segala sesuatu didalam alam yang luas ini.
Keadaan rohani dan jasmani dari Qabil dan Habil tidaklah sama, berbeza
satu dengan
yang lain. Ada perbezaan besar. Qabil
sekalipun lebih tua, tetapi badannya lebih kecil dan lemah. Habil
sekalipun lebih muda,
tetapi badannya lebih besar dan lebih kuat.
Qabil sekalipun lebih tua dan berbadan lemah, tetapi tabiatnya amat
kasar. Sedang
Habil yang berbadan kuat dan besar, tetapi
tabiatnya sangat baik dan perasaan yang sangat halus, lagi berbudi
pekerti tinggi.
Adam bermaksud akan membagi-bagikan
perkerjaan kepada dua orang anaknya yang meningkat remaja itu. Qabil
dengan tabiatnya
yang kasar itu diserahi oleh Adam untuk
bertani, mengolah tanah, menyangkul dan menebas hutan belukar, kerana
tanah dan hutan
belukar adalah barang mati yang tidak
memerlukan perasaan halus dan cinta kasih.
Ada pun Habil kerana
perasaannya yang
halus dan perasaan kasih sayangnya, diserahi
oleh Adam untuk memelihara binatang ternak, iaitu kambing dan lembu yang
dapat
merasakan haus dan lapar, sakit dan senang,
sebab itu perlu disayang, dicintai, harus diurus oleh manusia yang
mempunyai perasaan
halus dan rasa kasih sayang.
Baru saja
matahari terbit di waktu pagi, maka keluarlah Adam, Qabil dan Habil dari
gua tempat
kediaman mereka untuk bekerja. Qabil terus
menuju ke hutan menebas belukar, ke ladang menyangkul, menaburkan benih
atau menuai,
bila tanam tanamannya sudah masak untuk
dituai.
Sedang Habil menuju ke padang rumput untuk memelihara dan
menggembalakan
ternaknya. Adam kadang kadang pergi berburu,
mencari ikan atau burung, untuk dimakan dagingnya sebagai lauk pauk.
Atau pergi
mencari air untuk di minum dan memandikan
anak anak dan isterinya. Kalau matahari sudah hampir tenggelam, siang
akan berganti
dengan malam, mereka kembalilah ke gua tempat
kediaman mereka. Qabil membawa buah buahan dan sayuran, Habil membawa
susu,
sedang Adam membawa burung-burung dan ikan
hasil buruannya. Sesudah semua buah tangan itu dimasak oleh Hawa, mereka
makanlah
bersama sama dengan enaknya.
Diwaktu dan sesudah makan bersama ini, timbullah fikiran pada Adam untuk mengajar anak anaknya
bersyukur kepada Allah yang telah memberi mereka rezeki sebanyak itu.
Lihatlah
kata Adam kepada anak-anaknya: "Kita ini
tidak akan ada kalau tidak diciptakan oleh
Allah. Allahlah yang menciptakan diri kita masing-masing. Diciptakan
Allah pula
bumi yang lebar dan luas ini untuk tempat
tinggal kita. Lihatlah, alangkah luas dan lebarnya bumi Allah yang kita
tempati
ini. Di sinari oleh matahari di waktu siang
dan oleh bulan dan bintang-bintang, diwaktu malam. Ditumbuhkan Allah
segala macam
tumbuh-tumbuhan, dikembangkan Allah segala
macam binatang binatang untuk menjadi rezeki kita. Marilah kita
menyembah kepada
Allah dan mensyukuri segala nikmat dan
rahmatNya kepada kita."
Untuk menguji tentang keimanan dan
kesyukuran kedua orang
anaknya yang sudah remaja itu, Adam menyuruh
kedua orang anaknya yang bernama Qabil dan Habil itu untuk pergi ke
puncak sebuah
gunung. Kedua dua orang anaknya itu disuruh
oleh Adam membawa sebahagian dari penghasilan masing masing, dan
meletakkan penghasilannya
di puncak gunung itu, agar dapat dimakan oleh
makhluk Allah yang mana saja membutuhkannya, iaitu makhluk makhluk
Allah yang
tidak pandai bercucuk tanam dan memelihara
binatang ternak. Pekerjaan ini dinamai Adam berkorban, berzakat dan
beribadat.
Pekerjaan berkorban, berzakat dan
beribadat ini amat cocok dan sesuai dengan perasaan Habil, kerana dengan
perasaannya
yang halus dan fikirannya yang dalam, dia
dapat merasakan kebesaran Allah yang banyak nikmat pemberianNya. Apalagi
pengorbanan
tersebut, akan dapat pula menolong beberapa
macam binatang-binatang yang dalam kehausan atau kelaparan.
Adapun
Qabil dalam
hatinya sangat menentang pekerjaan itu.
Mengorbankan sebahagian dari hasil kerjanya yang diperdapatnya dengan
penat lelah,
untuk dijadikan zakat atau ibadat terhadap
Allah, dianggapnya satu pekerjaan yang tidak berguna, atau pekerjaan
orang bodoh
dan merugikan. Alangkah susahnya mencari
rezeki, katanya, kenapa rezeki itu dilemparkan ke puncak gunung untuk
dimakan binatang
binatang yang tidak ada gunanya. Iblis yang
dilontarkan Allah ke bumi, rupanya sudah mulai menjalankan peranannya,
untuk memesongkan
hati manusia dari amal dan perbuatan yang
baik. Habil rupanya tak mampu digoda dan diperdayakannya. Tetapi Qabil
merupakan
tanah yang subur bagi Iblis untuk menjalankan
tipu dayanya.
Iblis sudah dapat memasuki salah satu kelemahan dari
unsur
manusia dengan saluran kecintaan manusia
kepada harta benda. Harta dan kekayaan adalah satu alat buat Iblis untuk
memperdayakan
manusia. Untuk berkorban ini, Habil memilih
kambingnya yang terbaik dan tergemuk. Sesudah disembelihnya, lalu
ditaruhkannya
dipuncak gunung, sebagai korban dan tanda
terimakasihnya terhadap Allah yang telah memberikan rezeki.
Qabil
sekalipun
dengan perasaan enggan dan terpaksa, juga
melakukan ibadat korban itu. Tetapi untuk korban ini dia memilih
buah-buahan yang
tidak baik, yang sudah setengah busuk, kerana
hatinya memang tidak baik dan busuk pula.
Baik Habil atau Qabil
lalu meletakkan
korban masing-masing dipuncak gunung, dengan
harapan korban itu akan diterima oleh Allah dengan penerimaan yang baik.
Pada
hari berikutnya, pergilah kedua bersaudara
itu diiringkan oleh bapaknya Adam, untuk melihat, apakah korban korban
itu sudah
diterima oleh Allah atau tidak.
Ternyata
bahawa korban Habil sudah tidak ada lagi, bererti sudah diterima oleh
Allah dengan
baik. Tetapi korban Qabil yang terdiri atas
buah-buahan yang tidak elok dan busuk itu, masih saja ada disitu bahkan
sudah
menjadi lebih busuk. Itu bererti bahwa korban
Qabil tidak diterima oleh Allah.
Bukan main girangnya Habil melihat
yang
korbannya diterima dengan baik oleh Allah.
Dia lalu bersyukur dan berterimakasih. Qabil menjadi marah dan irihati,
kerana
korbannya tidak diterima oleh Allah. Dengan
marah dia berkata kepada bapanya: "Korban si Habil diterima oleh Allah,
kerana
bapa mendoakan baginya. Korban saya tidak
diterima oleh Allah, kerana bapak tidak suka mendoakan bagi saya."
Adam
lalu
menjawab: "Habil mengorbankan barang barang
yang baik, kerana hatinya baik. Korbannya diterima oleh Allah, kerana
Allah suka
kepada barang-barang yang baik. Sedang engkau
mengorbankan buah buahan yang tidak baik dan busuk. Itu menunjukkan
yang hatimu
busuk. Korbanmu tidak diterima oleh Allah,
kerana Allah tidak suka kepada barang-barang yang busuk dan tidak baik."
Qabil
menjadi marah dan irihati kerana korbannya
tidak diterima oleh Allah. Dengan marah dia berkata kepada adiknya
Habil, sekalipun
Habil tidak bersalah apa apa terhadap
dirinya. Tetapi begitulah caranya Iblis menggoda manusia tanpa alasan
yang tepat pun.
Iblis dapat menggoda manusia manusia yang
lemah jiwa dan batinnya, lemah imannya untuk membenci saudaranya sendiri
yang tak
bersalah apa apa. Sesungguhnya tipu muslihat
Iblis itu halus dan licin sekali.
Qabil pulang ke rumahnya dengan
hati yang
marah dan menggerutu. Kepalanya digeleng
gelengkan tanda marah yang bersangatan. Marah kepada saudaranya Habil
yang baik dan
tidak bersalah apa apa terhadap dirinya.
Bukan marah terhadap dirinya sendiri yang tidak baik dan busuk itu.
Ya,
begitu
halusnya godaan Setan dan Iblis terhadap
manusia, untuk mengeruhkan pergaulan sesama manusia dalam kehidupan di
permukaan
bumi ini. Setelah masing masing anak Adam itu
meningkat dewasa, maka anak anak lelaki mulai merasakan keperluan
terhadap isteri,
sedang anak anak perempuan merasakan
keperluan terhadap suami, kerana memang demikianlah sunnah yang
ditetapkan Allah yang
menciptakan manusia dan semua makhluk berjiwa
lainnya.
Sekalipun masyarakat manusia di masa hidupnya Adam itu
baru terdiri
atas beberapa orang lelaki dan beberapa orang
wanita saja, namun begitu untuk memenuhi hasrat bersuami isteri ini
agar berjalan
dengan teratur, maka Allah menetapkan
beberapa aturan (syari'at) yang harus dijalankan oleh masing masing
manusia yang menjadi
anggota masyarakat yang kecil itu.
Ditetapkan
Allah syari'at (aturan) bagi anak anak Adam dan Hawa yang sudah dewasa
itu,
iaitu aturan yang sangat sederhana sekali.
Qabil anak pertama, boleh kawin dengan Adik Habil anak keempat, sedang
Habil anak
ketiga boleh kawin dengan Adik Qabil anak
kedua. Jadi masing masing Qabil dan Habil tidak boleh kawin dengan
adiknya sendiri.
Syari'at itu diwahyukan Allah kepada Adam.
Adam menyampaikan wahyu ini kepada isteri dan anak anaknya yang sudah
berhasrat
kawin itu. Syari' at ini diterima dengan
segala ketaatan dan kepatuhan oleh Adam, Hawa dan anak anaknya.
Hanya
Qabil yang
tidak mahu tunduk terhadap syari'at yang
ditetapkan Allah ini. Iblis mendapat peluang yang baik sekali dengan
perantaraan
perasaan berahi antara lelaki dan wanita,
dengan perantaraan nafsu dan keinginan keinginan hidup manusia. Kepada
Qabil dibisikkan
oleh Iblis bahwa Adik Qabil lebih cantik dari
Adik Habil.
Kata Iblis kepada Qabil: "Jangan kamu tunduk kepada
penetapan
bapamu yang tidak adil itu. Adikmu sendiri
jauh lebih cantik dari Adik Habil. Kenapa bapa menyuruh kamu kawin
dengan Adik
Habil yang tak cantik, sedang adikmu yang
cantik itu disuruh berikan kepada Habil untuk menjadi isterinya?"
Dengan
pujukan
Iblis ini, mulailah ketara nafsu yang tidak
mahu menurut putusan dengan segala macam alasannya. Kecantikan seorang
wanita
telah dapat dipergunakan oleh Iblis untuk
menimbulkan perselisihan antara dua orang lelaki yang bersaudara kandung
itu. Ini
bukan hanya terjadi ke atas diri anak anak
Adam dan Hawa dahulu kala, tetapi masih terjadi pada anak cucu Adam dan
Hawa yang
hidup diabad ini, atau zaman moden sekarang
ini.
Adam dan Hawa sebagai bapa dan ibu mulai pening memikirkan
bagaimana
caranya agar dia dapat memenuhi keinginan
anak anaknya dengan tidak melanggar syari'at yang sudah ditetapkan
Allah, agar tetap
hidup dalam keadaan aman tenteram dan selamat
dimuka bumi ini.
Bila syari'at Allah dijalankan akan terjadi
perselisihan
antara anak anaknya. Bila keinginan anaknya
yang diteruskan akan terjadi keengkaran terhadap syari'at yang
ditetapkan Allah.
Satu kesempatan yang amat baik sekali bagi
Iblis untuk menjalankan tipudaya dan siasatnya. Perselisihan antara
manusia sesama
manusia adalah jalan yang amat lurus bagi
Iblis untuk sampai pada tujuannya.
Kesempatan baik ini, tidak
disia-siakan Iblis.
Iblis segera datang berbisik ke telinga
Qabil: "Hai, Qabil! Janganlah lekas putusasa. Ada satu cara yang
amat mudah untuk
mengatasi jalan buntu antara engkau dan
adikmu Habil, untuk menyampaikan hasrat hatimu kawin dengan adikmu yang
cantik itu.
Jalan satu-satunya ialah supaya kamu bunuh
saja adikmu yang bernama Habil itu."
Mula mula Qabil agak ragu ragu
terhadap
cara penyelesaian yang dianjurkan Iblis itu.
Iaitu dengan cara membunuh Habil, adik kandungnya sendiri, saudara yang
seibu
dan sebapa dengan dia, selapik seketiduran,
kadang-kadang sebantal sekalang hulu.
Beberapa hari lamanya Qabil
termenungmenung
tidak keruan hidupnya. Berdiri bermenung,
duduk bermenung, tidur tak berasa puas, makan tak berasa enak. Duduk
termenung dan
melamun adalah merupakan tanah yang amat
subur pula bagi Iblis untuk menanam siasat dan tipu dayanya terhadap
manusia. Orang
yang duduk bermenung bererti fikirannya
menjurus ke satu jurusan saja. Dia lupa akan jurusan jurusan lain dalam
hidupnya.
Apalagi kalau yang dimenungkan itu hal yang
tak baik. Dia akan lupa akan kemaslahatan dirinya. Apa lagi kemaslahatan
ibu bapa
dan keluarganya. Dia akan lupa akibat akibat
yang akan timbul dari perbuatannya itu. Di saat yang amat kritikal dalam
menungannya
itu, Iblis datang langsung menemui Qabil
dengan anjuran yang lebih tegas:
"Bunuh saja, hentam saja, jangan fikir panjang
lagi !"
Melihat keadaan dan tabi'at Qabil
yang luarbiasa itu, Adam, Hawa, Habil seluruh anggota anggota
keluarganya menjadi
gelisah. Masing-masing mereka mencoba memberi
nasihat kepada Qabil. Berkata Adam kepada Qabil: "Jangan engkau
perturutkan
ajakan Setan dan Iblis. Tunduklah kepada
syari'at yang ditetapkan Allah yang telah disetujui oleh ibu bapamu
sendiri." Habil
dengan hati yang lapang dan pandangan yang
luas mencuba menasihati abangnya yang sudah lupa daratan itu: "Lebih
baik engkau
mencari jalan yang hak, hai saudaraku,
menempuh jalan yang membawa selamat, menjauhkan diri dari jalan yang
membawa celaka
dan kesengsaraan yang berlarut larut."
"Ketahuilah,
saudaraku," katanya lagi, "bahawa apa yang terjadi ini adalah syari'at
dan takdir yang sudah ditentukan Allah. Ibu
dan bapak, begitupun saya sendiri hanya semata-mata menjalankan perintah
dan syari'at
Allah itu. Kita sekalian diciptakan Allah
hidup di permukaan bumi ini, adalah semata mata untuk dapat menjalankan
syari'at
dan untuk mengabdikan diri kita kepada Allah
yang menciptakan kita itu. Sungguh engkau akan berdosa bila keluar dari
jalan
yang hak sudah ditentukan Allah. Maka lebih
baik engkau minta ampun atas dosamu itu, sebagaimana saya selalu minta
ampun dan
menyerahkan nasib dan untungku seluruhnya
kepada Allah yang menciptakan seluruh alam ini."
Nasihat yang
bagaimana juga
baik dan benarnya, rupanya tidak berbekas
pada jiwa yang penuh nafsu yang sedang bergejolak membakar. Qabil malah
menjadi
semakin galak garang. Dia segera mendekati
adiknya Habil yang masih memberi nasihat dan berkata: "Engkau jangan
banyak bicara.
Engkau pasti saya bunuh."
Dengan hairan
dan sabar, Habil menjawab: "Kenapa kau hendak bunuh aku?" "Kerana bapa
dan Allah lebih suka kepada engkau," jawab
Qabil. "Dengan membunuh saya, keadaan tidak akan berubah, malah bapak
dan Tuhan
akan semakin marah terhadap engkau," jawab
Habil. "Tak peduli, engkau pasti aku bunuh, agar senang hatiku," kata
Qabil dengan
garangnya. Sekalipun Habil jauh lebih kuat
badannya dari Qabil, kerana budinya yang tinggi, dia tetap bersabar diri
dan berkata:
"Sekali pun engkau telah mengacungkan tangan
untuk membunuhku, saya tetap tidak akan menggerakkan tangan untuk
membunuhmu.
Saya takut kepada Tuhan Semesta Alam."
Habil
terus berjalan menuju tempat kediamannya, Qabil mengikutinya dari
belakang
dengan hati mengkal. Setibanya di gua, masih
saja dia mengkal dan marah. Dicobanya menidurkan mata, tidak mahu tidur.
Semalam
malaman itu dia tak sepicing juga dapat
tidur. Dadanya berasa mengah.
Disaat itu datang lagi Iblis meniup-niup hatinya
yang sudah panas itu dengan berkata: "Bunuh Habil, bunuh Habil, bunuh Habil !"
Diwaktu
pagi sebagai biasa, Habil bangun
dari tidurnya. Dengan perasaan lega dia
menuju ke padang rumput menggembalakan ternaknya. Qabil yang sedang
diperkuda oleh
Iblis dengan sembunyi sembunyi mengikutinya
dari belakang. Maksudnya untuk membunuh Habil yang tidak ragu ragu lagi,
malah
bertambah menyala nyala. Dikala matahari,
bulan, bintang bintang beredar diangkasaraya menjalankan perintah
Tuhannya, dikala
burung burung berkicau bersiul berterbangan
ke sana ke mari menjalankan tugasnya masing masing sambil bertasbih
mensucikan
Tuhan Yang Maha Suci, Qabil dengan mencapai
dahan kayu yang amat keras dan berat memukul kepala Habil dari belakang
sekuat
hatinya.
Darah bertumpah dan mengalir
membasahi permukaan bumi buat pertama kali. Habil menjerit kesakitan,
badannya terhempas
ke bumi dan bergeletar. Terjadilah apa yang
disangsikan para Malaikat terhadap manusia, ketika Malaikat diberitahu
Allah bahwa
manusia akan diciptakan Allah untuk menjadi
Khalifah (pengatur) diatas bumi. Malaikat sangsi bahwa manusia akan
berbuat binasa
di bumi dan akan menumpahkan darah.
Kesangsian itu kini untuk pertama kalinya sudah terjadi, mungkin akan
disusul pula dengan
kejadian-kejadian kedua, ketiga, keempat dan
sampai entah ke berapa kali lagi; bahkan pembunuhan itu bukan hanya
dilakukan
oleh seorang manusia terhadap seorang manusia
saja, tetapi akan terjadi pembunuhan pembunuhan besar, beribu-ribu
manusia dengan
alat alat pembunuhnya yang terkejam dan
termoden akan membunuh beribu ribu manusia lainnya, manusia yang
bersalah dan tidak
bersalah, wanita atau anak anak di bawah umur
sekalipun.
Setelah melihat darah mengalir membasahi bumi, serta
mendengar
jeritan Habil yang memilu dan menyayat
perasaan itu, maka Iblis yang memperkudanya itu tersenyum simpul, lalu
pergi meninggalkan
mangsanya, sebagai seorang yang menang,
kerana helah dan tipudayanya sudah berhasil. Makin yakin ia akan
kelebihan dirinya
dan akan kelemahan atau kekurangan Bani Adam
(manusia).
Sepeninggalan Iblis itu, Qabil mulai sedar akan
kebodohan
dirinya. Perasaan menyesal atas perbuatan
yang baru dilakukannya mulai tumbuh, muncul dengan perlahan dari lubuk
hatinya.
Teringatlah ia, bahawa adiknya (Habil) adalah
seorang baik dan tidak bersalah apa apa. Mulailah dia merasakan bahawa
perbuatannya
itu amat kejam. Mulai timbul kesedaran,
bahawa dia bersalah besar. Tidak ada keuntungan yang diperolehinya dari
pembunuhan
ini. Dan tidak mungkin pembunuhan ini akan
membawa kesenangan hatinya. Malah sebaliknya, hatinya bertambah gundah,
dia merasa
rugi, kosong dari perasaan aman dan tenteram.
Apalagi setelah dilihat dengan mata kepalanya sendiri keadaan adiknya
Habil
yang bergeletar ditanah menghadapi sakaratul
maut. Suara rintihannya semakin halus, akhirnya hilang lenyap.
Sebaliknya seluruh
anggota badannya semakin hebat menghempas ke
kiri dan ke kanan menandakan rasa sakit yang tak terhingga. Nafasnya
sesak, seakan
akan jantung dan paru parunya sudah tidak
kuasa lagi menghirup udara atau hawa. Akhirnya seluruh gerakgerinya
berhenti, sekujur
badannya menjadi lemah longlai, dan dia lalu
menghembuskan nafas yang terakhir.
"Inna lillahi wa inna ilaihi
raji'uun."
Ya, semua manusia akan mati. Bahkan semua
makhluk berjiwa akan mengalami mati. Kerana begitulah sunnah Ilahi yang
menciptakan
seluruh makhluk berjiwa ini. Kerana Allah
sudah menetapkan dari azal, bahawa kehidupan didunia ini hanya buat
sementara saja,
hanya sebagai singgah dalam perjalanan ke
arah penghidupan yang kekal dan abadi di akhirat. Diakhirat nanti akan
diperhitungkan
satu persatu amal dan kerja setiap manusia
selama hidupnya di dunia ini. Setiap amal, buruk dan baik, kecil dan
besar tidak
ada yang tertinggal dan tidak kena
perhitungan itu. Semua akan mendapat balasan yang setimpal. Perbuatan
baik balasannya baik.
Perbuatan jelek atau jahat pembalasannya
jahat pula. Orang yang hidupnya teraniaya di permukaan bumi ini
janganlah terlalu
bersedih hati. Bersabarlah, Tuhan sanggup
membalikkan penganiayaan itu ke alamat asalnya. Dan orang yang
menganiaya, jangan
terlalu bergembira dalam hidup, pasti akan
merasakan sakit dan pedihnya penganiayaan yang dia lakukan itu !
Angin
sepoi
mulai berhembus dan bertiup. Semua daun daun
kayu bergerak dan berdesir. Hembusan angin sepoi itu seakan akan
menjamah sekujur
tubuh Habil yang sudah tak bernafas lagi itu
sebagai hiburan dan tanda turut berdukacita. Sedangkan desiran daun daun
seakan
akan bertasbih meratapi dan meucapkan selamat
jalan kepada jenazah Habil yang sedang pulang kembali ke Rahmatullah.
Adapun
Qabil mendengar desiran daun dihembus angin
sebagai bisikan yang mengecam dan mengutuknya: "Qabil, engkau pembunuh,
engkau
pembunuh, engkau kejam, engkau kejam, bodoh,
engkau bodoh."
Burung burung dan binatang binatang buas dengan berbagai bunyi,
seakan akan berkata kepadanya menyesali perbuatannya itu: "Engkau pembunuh, engkau kejam."
Qabil
mulai mengerang panjang.
Dia mulai merasa takut. Badannya berasa berat
dan kakinya berasa lemah. Tiba tiba dia tersungkur jatuh disamping
jenazah adiknya
Habil. Dia memanggil manggil: "Habil! Habil!
Habil !"
Habil tidak menjawab, kerana dia sudah menghembuskan nafas
yang
terakhir, telah bercerai jiwa dengan raganya.
Tinggallah Qabil termangu mangu disamping jenazah adiknya. Tidak tahu
apa yang
harus dilakukannya. Apakah jenazah adiknya
itu akan ditinggalkannya begitu saja sehingga biar dimakan serigala dan
burung
burung?
Tak sampai hati dia
meninggalkannya begitu saja. Akhirnya jenazah itu dipikul ke bahunya dan
dibawanya. Tetapi
dia tidak tahu ke mana jenazah itu akan
dibawanya dan akan diapakan jenazah itu. Dia terus berjalan dan
berjalan. Akhirnya
dia menjadi letih, lalu berhenti melepaskan
lelah. Hatinya sedih dan mulai berkhayal agar adiknya hidup kembali.
Sesalnya
bertambah tambah, sehingga dia menjadi tak
keruan dan gelisah. Mulai dia marah kepada dirinya sendiri.
Setelah
letihnya
agak berkurang kembali jenazah adiknya itu
dipikulnya ke bahunya. Dia berjalan tidak bertujuan. Setelah penat, dia
berhenti
pula melepaskan lelah. Begitulah berulang
ulang sampai letih dan lesu, dibawah terik panas matahari.
Tiba tiba
dia melihat
dua ekor burung gagak berkejar kejaran. Kedua
burung gagak itu sama menyiruk ke bawah, hinggap ditanah. Keduanya
berkelahi
sehebat hebatnya, tikam menikam, pukul
memukul dengan paruhnya masing-masing. Salah satu di antara kedua burung
itu kena pukul
yang keras sekali, sehingga patah lehernya.
Burung yang kena pukul itu bergeletar ditanah menghempaskan diri. Tak
lama kemudian
burung itu mati.
Setelah mengetahui
bahawa burung yang kena itu sudah mati, lalu burung yang masih hidup
menggali lubang
ditanah dengan menggunakan kaki dan paruhnya.
Setelah lubang itu menjadi besar dan dalam, gagak yang hidup menarik
gagak yang
mati dengan paruhnya ke dalam lubang. Lubang
itu lalu ditutupnya kembali dengan tanah. Gagak yang masih hidup lalu
terbang
meninggalkan tempat itu
Melihat itu,
Qabil takjub hairan sekali dan berkata kepada dirinya sendiri: "Rupanya
aku ini jauh
lebih bodoh dari gagak yang hitam itu." Dia
lalu meniru gagak itu. Lubang digali, lalu jenazah adiknya dimasukkan
dalam lubang
itu, dikuburkan dan ditimbunnya dengan tanah.
Setelah agak lama Habil dan Qabil tidak pulang, Adam dan Hawa mulai khuatir
dan cemas. Adam lalu berangkat mencari kedua orang anaknya itu.
Alangkah
terperanjatnya Adam melihat darah tertumpah ditanah
membasahi bumi. Dadanya bergoncang, hatinya
berdebar, Adam berteriak sekeras kerasnya kepada Qabil: "Qabil, apa yang
engkau
lakukan terhadap saudaramu?"
Bergetar
tubuh Qabil mendengar teriakan bapanya yang luarbiasa itu. Alam
seluruhnya dirasakan
turut bergetar dan berteriak kepadanya: "Hai,
Qabil ! Apa yang engkau lakukan terhadap adikmu sendiri?"
Qabil
terus lari
dan lari, dicelah gunung yang tinggi,
melintasi jurang jurang yang dalam. Dengan hati yang penuh ketakutan,
badan gemetar
dan jiwa gelisah. Bukit, gunung, jurang,
pohon dan binatang apa saja yang ia jumpai, seakan akan turut mengejar
dari belakang
dan benteriak teriak kepadanya: "Pembunuh,
pembunuh, pembunuh."
Qabil lari dan lari tenus, tak dapat merasa
ketenangan
dan kesenangan buat selama lamanya. Dunia ini
baginya sejak waktu itu adalah tempat pelarian dan ketakutan, kerana
dia sendiri
yang membuat dirinya diselubungi ketakutan,
sehingga menyangka musuh terhadap apa saja yang ia jumpai dan temui.
Begitu susahnya
didunia ini, belum lagi dia di akhirat
nanti.... !
Adam dan Hawa kehilangan dua orang anak sekaligus.
Seorang meninggal
dunia dan seorang lagi hilang tak tentu ke
mana perginya. Terhadap yang sudah meninggal, Adam dan Hawa mendoakan
kepada Allah:
"Ya Allah, ampunilah dia; turunkanlah
rahmatMu kepadanya di Alam Banzakh, dan berilah ia tempat di Syurga di
Alam Akhirat
nanti."
Terhadap anaknya yang hilang,
Adam dan Hawa tak benputusasa, mudah mudahan dia dapat kembali dengan
kesedaran
dan keinsafan, dapat menginsafi segala
kesalahan dan dosa yang telah diperbuatnya, akhirnya dapatlah ia menjadi
manusia yang
berguna hidupnya didunia ini bagi ibubapa dan
adik adiknya. Terhadap anak anaknya yang lain, Adam memperingatkan
bahawa kita
manusia hidup dipermukaan bumi ini bukan
sendirian. Disamping kita manusia ada Setan dan Iblis yang menjadi musuh
kita sampai
ke anak cucu dan keturunan kita buat selama
lamanya.
Adam dan Hawa menerangkan kepada anak anaknya pengalaman
hidupnya
berdua selama berada di dalam Syurga,
bagaimana hebat dan halusnya godaan Iblis. Sekalipun dikala itu, kerana
sama sama berada
dialam Syurga. Adam dan Hawa dapat melihat
Iblis dan dapat mendengar suaranya, Adam dan Hawa masih dapat tergoda
olehnya.
Apalagi sekarang setelah berada dialam bumi,
dimana kita manusia tidak dapat lagi melihat Iblis dan tidak dapat
mendengar
suaranya, sedangkan Iblis tetap dapat melihat
kita manusia, maka godaan Iblis dimuka bumi ini pasti jauh lebih hebat
dan jauh
lebih merbahaya bagi kita manusia.
Iblis
adalah musuh kita yang dapat melihat kita dan kita tidak dapat
melihatnya. Dengan
begitu perjuangan kita terhadap Iblis adalah
perjuangan atau perkelahian yang tidak setaraf. Tidak ubah saperti
penkelahian
dua orang manusia: yang pertama dengan mata
terbuka dan yang kedua dengan mata tertutup. Dapatlah kita pastikan,
orang yang
dengan mata terbuka akan selalu menang, dan
orang yang dengan mata tertutup akan selalu kalah.
Tetapi kita
manusia jangan
sedih. Tuhan Maha Pengasih dan Maha Adil.
Kepada kita manusia diberi Tuhan satu cara untuk membutakan mata Iblis
terhadap
kita, iaitu bila kita mohon perlindungan
Allah dari godaan Iblis dengan membaca: "A'uzubillahi minasy Syaitanir
Rajim." Dan
kepada kita manusia diberi kekuatan yang
dinamakan iman, iaitu kepercayaan penuh terhadap Allah. Dengan keimanan
yang kukuh
dan kuat, Iblis tidak sanggup menggoda
manusia. Iblis malah menjadi takut dan lari dari manusia yang beriman
itu. Iblis malah
tidak berani mendekatinya.
Wednesday, May 21, 2014
majlis makan-makan sym scooter malasyia di penang ...
menjamu selera makan sate
bergambar bersama motor sym ahli otai. kita ahli baru ...
bersama tuan presiden sym. abg man ..
orang kuat sym penang
bergaya dengan motor orang. dapat hadiah ahli sym yg ke 100
bergambaq bersama ahli sym @ fms penang
KISAH DARI AL-QURAN - NABI ADAM - chapter 001
NABI ADAM
|
||||||||||
|
Kemudian
diciptakan Allah pula ADAM sebagai manusia yang pertama,
untuk menghuni dibumi luas yang
sudah terbentang, beranak dan berketurunan menjadi manusia banyak,
berpuak puak dan berbilang
bangsa, berselerak ke seluruh
pelosok bumi.
Maksudnya manusia itu diciptakan Allah, ialah agar manusia itu menyembah dan sentiasa mentaati segala perintahNya serta juga menjadi pengatur bumi yang tidak teratur; bercucuk tanam, mendirikan rumah, memelihara ternakan, dan sebagainya. Allah memberitahu maksudNya kepada para Malaikat, "Aku ingin mencipta manusia untuk menguruskan muka bumi". Para Malaikat lalu menjawab, "Apakah manusia yang Engkau ciptakan itu untuk mengurus bumi, ya Tuhan kami? Tidakkah manusia itu nanti akan merosakkan bumi dan akan menumpahkan darah berbunuhan? Berbanding dengan kami yang sentiasa patuh dan memuliakan Engkau". Lalu Allah menjawab. "Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui". Ya, Tuhanlah yang lebih tahu rahsia apa yang terkandung dari kejadian manusia ini. Tuhanlah yang lebih tahu kenapa kita manusia yang diciptakan Tuhan untuk mengatur bumi, sekalipun Tuhan tentu sudah tahu pula, bawah manusia di permukaan bumi ini akan berbuat kerosakan, akan bersilang sengketa, akan berbunuh bunuhan menumpahkan darah. Tetapi janganlah sampai kita lupakan, bahawa Tuhan juga tahu, bahawa tidak semuanya manusia itu perosak, tidak semua manusia suka bersengketa dan berbunuh bunuhan. Di antara manusia yang banyak itu, ada banyak pula yang baik, yang selalu berbuat kebajikan terhadap sesama manusia, selalu berusaha dan berjuang untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia. Setelah mendengar jawapan Allah yang pendek, tetapi mempunyai erti dan maksud yang amat dalam itu, semua Malaikat menjadi diam, tidak menjawab lagi. Hanya berkata dengan berbisik antara sesama mereka: "Memang benar! Tuhan kita Maha Mengetahui segala sesuatu, dari perkara yang sekecil kecilnya sampai kepada perkara yang sebesar besarnya. Ia mengetahui segala yang zahir dan yang batin, yang kelihatan oleh mata dan yang tidak kelihatan. Tidak ada satu perkara dan kejadian yang bagaimana juga kecilnya yang terjadi di langit dan di bumi atau antara keduanya yang tak diketahui oleh Tuhan." Apa saja yang Allah ciptakan, tentu ada guna dan faedahnya, tentu ada maksud dan tujuannya. Tidak satu benda pun yang diciptakan Allah akan sia sia. Hanya kita sendiri yang tidak atau belum mengetahuinya. Allah meneruskan firmanNya terhadap para Malaikat itu: "Manusia itu, iaitu Adam, akan Aku ciptakan dari tanah. Apabila sudah terbentuk dan selesai, akan Aku hembuskan kepadanya rohKu, agar dia menjadi hidup, dapat bergerak, berperasaan, berpengertian dan berkesedaran. Bila Adam sudah menjadi hidup dengan pengertian dan kesedaran, hendaknya kamu sekalian sujud memberi hormat kepadanya." |
||||||||||
|
Malaikat
adalah suatu makhluk Allah yang mempunyai kesedaran yang
amat tinggi. Dengan kesedaran yang
amat tinggi itu, mereka menjadi makhluk yang mulia, selalu bertasbih dan
beribadat mensucikan,
membesarkan dan memuji muji Allah,
selalu taat menjalankan apa saja yang diperintahkan Allah kepada mereka.
Mereka tak pernah
derhaka atau melanggar perintah
Allah, tanpa makan dan minum, tanpa rehat atau tidur, mereka selalu
melaksanakan segala macam
tugas yang di bebankan Allah atas
mereka masing masing sampai hari kiamat.
Bila mereka itu makhluk yang tinggi dan mulia, mengapa Allah memerintahkan mereka untuk sujud atau menghormati Adam? Apakah Adam atau manusia lebih tinggi dan lebih mulia daripada Malaikat? Pertama kita harus ingat, bahawa Allah memerintahkan Malaikat sujud kepada Adam, bukanlah dalam erti menyembah, melainkan dengan erti menghormati. Menghormati Adam tidak dapat diertikan menghormati manusia anak cucu Adam. Jadi penghormatan ini khusus terhadap peribadi Adam. Mengapa peribadi Adam harus dihormati oleh para Malaikat? Hal ini disebabkan oleh kerana peribadi Adam mempunyai keistimewaan yang banyak sekali dan luarbiasa, yang tidak dipunyai oleh manusia manusia lain atau makhluk yang mana pun juga. Keistimewaan keistimewaan yang luar biasa itu adalah sebagai berikut: Adam adalah manusia pertama. Sebelum Adam, belum ada manusia. Seluruh manusia selain Adam, semuanya adalah keturunan Adam. Di antara manusia keturunan Adam itu, ada yang menjadi Nabi dan Rasul, menjadi orang orang suci. Diantaranya ada orang pandai dalam berbagai bidang, yang menyebabkan kemajuan hebat bagi manusia dari abad ke abad. Lihatlah kemajuan anak cucu Adam yang hidup diketika ini. Sekalipun ada pula diantara anak cucu Adam sendiri yang menjadi perosak dan penjahat. Sebab itu, memang sudah sepatutnya kalau para Malaikat memberikan penghormatan atau sujud kepada Adam sebagai manusia pertama dan mempunyai turunan yang hebat itu. Adam diciptakan sendiri olehNya. Sedangkan makhluk lain, seluruhnya diciptakan Allah dengan perkataanNya: "Bila Allah menghendaki sesuatu, Ia hanya berfirman: Jadilah! Maka jadilah apa yang dikehendaki Allah itu." Hanya Adam, yang Allah ciptakan dengan kedua tanganNya. Demikianlah menurut al-Quran. Sedang menurut Hadis, selain Adam, juga 'Arasy dan Syurga yang diciptakan Allah dengan tanganNya. Maka sudah sepatutnya kalau para Malaikat diperintahkan Allah untuk menghormati Adam. Kerana ia diciptakan Allah dengan tanganNya, Adam sungguh suatu makhluk yang terhormat tiada taranya dialam ini.
Selain
manusia pertama yang diciptakan Allah dengan tanganNya, Adam
adalah pula seorang Nabi, seorang
yang mendapat wahyu dari Allah. Menurut sebahagian Ulama, para Nabi dan
Rasul memang sama
darjat kemuliaannya dengan para
Malaikat. Bahkan ada diantara Ulama yang berpendapat bahawa Nabi dan
Rasul itu darjat kemuliaannya
melebihi para Malaikat, sebab
Jibrail sebagai Malaikat tertinggi, ditugaskan pula menjadi perantara
antara Allah dengan para
Nabi dan Rasul itu.
Seperti halnya dengan para Malaikat, maka Adam pun mempunyai kesedaran dan pengertian (akal), sehingga Adam dan keturunannya dapat menyedari dan mengerti akan kebesaran Allah yang menciptakan dirinya dan seluruh alam, dapat menyedari dan mengerti akan perintah perintah dan larangan Allah. Adam dan manusia diciptakan Allah dalam sebaik baiknya kejadian, kerana dia terdiri dari jasmani dan rohani (roh, akal, hati dan nafsu), sehingga ia menjadi suatu makhluk yang beradab dan berkebudayaan, terus maju tidak beku. Adam dan keturunannya diciptakan Allah untuk menjadi Khalifah (penguasa atau pengatur) dibumi, sebagaimana Allah menciptakan Malaikat sebagai Khalifah di langit. Kerana menyedari akan kedudukan dan kemuliaan Adam, para Malaikat dapat mengerti akan perintah Allah untuk menghormati Adam. Mereka lalu menjawab: "Baiklah, ya Tuhan kami. Kami dengar dan kami taati segala perintahMu." Allah lalu menciptakan Adam dari tanah dengan tanganNya sendiri. Berbentuk seperti bentuk kita manusia sekarang ini. Iaitu berkepala, berbadan, bertangan dan berkaki. Lalu Allah hembuskan roh kepadanya, sehingga Adam menjadi hidup. Adam menggerakkan kedua tangan dan kakinya, lalu ia bersin (batuk), sehingga bergerak sekujur badannya, terbuka kedua matanya, bergerak jantung dan paru parunya. Sekaligus ketika Adam membuka kedua matanya, melihat seluruh alam di sekitarnya, timbullah pengertian dan kesedaran, dan dengan pengertian dan kesedaran itu, dia mengucap: Alhamdulillahi Rabbil Alamin (Segala pujian bagi Allah yang mengatur seluruh alam). Para Malaikat kagum sekagum kagumnya melihat dan mendengar ucapan pertama yang keluar dari mulut Adam. Satu ucapan yang berisi pengertian dan kesedaran tertinggi. Pengertian dan kesedaran bahawa alam ini seluruhnya diciptakan dan diatur oleh Allah, sebab itu Allah selamanya harus selalu disanjung dan dipuji. Para Malaikat serentak menjawab ucapan Adam: "Yarhamukallahu, ya Adam." Ertinya: Allah selalu menumpahkan rahmatNya kepada engkau, ya Adam, dan selamatlah. Para Malaikat lalu beratur mengelilingi Adam, lalu sujud dan menghormati kepada Adam, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada mereka. Hanya Iblis yang tak mahu sujud dan tidak mahu menghormati Adam. Dia tetap berdiri dan membangkang dengan sombongnya, tidak mahu menjalankan apa yang diperintahkan Allah. Allah lalu berkata kepada Iblis itu: "Bukankah engkau juga makhluk ciptaanKu, yang juga harus tunduk dan menjalankan perintahKu? Tetapi kenapa engkau tidak sujud dan tidak memberi hormat terhadap Adam sebagaimana Aku perintahkan?" Iblis menjawab: "Engkau ciptakan aku dari api dan Adam dari tanah. Api lebih mulia dari tanah. Itu bererti yang aku lebih mulia dari Adam. Maka tidak sepatutnyalah aku sujud dan hormat terhadap Adam itu." Mendengar bantahan Iblis itu, Tuhan menjadi marah, lalu berkata kepada Iblis: "Tempat ini (Syurga) bukan tempat orang yang menyanggah terhadap Aku. Sekarang juga, engkau harus keluar dari sini." Sesudah keluar dan terusir dari Syurga, Iblis kembali menyanggah dan berkata kepada Allah: "Ya, Tuhan! Engkau usir aku dari Syurga ini kerana Adam. Aku bersumpah, bahawa aku dengan semua anak keturunanku akan memusuhi Adam dan semua anak dan keturunannya buat selama lamanya. Mereka akan aku sesatkan. Mereka akan aku celakakan. Aku akan ajak dan anjurkan kepada mereka untuk berbuat keburukan dan kerosakan didalam dunia ini nanti, agar kehidupan mereka selamanya susah dan kacau bilau belaka." Mendengar ancaman Iblis itu, Allah lalu berkata: "Untuk menghindarkan tipu daya mu itu, kepada manusia akan Aku beri suatu senjata yang ampuh, ialah akal. Akal itu akan Aku bimbing dengan petunjuk petunjuk (agama), Manusia yang tetap mempergunakan akal dan menurut petunjuk petunjukKu tidak akan dapat engkau sesatkan dan perdayakan. Dengan akal itu, mereka akan dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Dengan tuntunan petunjukKu, akal mereka akan mempunyai daya berfikir yang benar. Sesiapa yang tak menggunakan akal dan tidak menurut petunjukKu, tentu dapat engkau goda dan sesatkan. Ini akan dipertanggung jawabkan di hadapanKu nanti dihari kemudian (Akhirat). Mendengar keterangan Allah itu, Iblis terdiam. Tetapi hatinya makin mendongkol, irihati dan dengkinya terhadap manusia bertambah memuncak. Dia berpaling kepada Adam. Mata dan seluruh perhatiannya sekarang ini ditujukannya kepada Adam. Dia ingin tahu di mana letak kelemahan kelemahan jasmani dan rohani manusia. Adam dipelajarinya dari segala segi. Akhirnya Iblis berkesimpulan bahawa manusia itu selain mempunyai kekuatan berfikir, iaitu akal yang amat hebat itu, juga mempunyai banyak kelemahan kelemahannya. Disamping akal itu, manusia mempunyai nafsu. Dan nafsu itu banyak sekali macam ragamnya. Ada nafsu terhadap makanan dan minuman, ada nafsu kelamin atau syahwat, ada nafsu terhadap harta benda dan kekayaan, terhadap rumah tempat tinggal dan kenderaan dan ada pula nafsu terhadap pangkat dan kedudukan yang tinggi di tengah tengah sesama manusia. Ditiap tiap macam nafsu, tabiat dan karakter, terdapat banyak sekali pintu pintu atau lubang lubang kelemahan dan setiap waktu dapat dimasuki oleh Iblis untuk memperdayakan dan mengacaukan kehidupan manusia Setelah melihat semua kelemahan itu, Iblis ketawa kecut. Dia ketawa dan gembira, kerana berhasil melihat kelemahan manusia. Tetapi hatinya menjadi kecut dan takut, bahawa manusia disamping mempunyai kekuatan yang hebat, iaitu akal, juga dengan akal itu dapat menerima petunjuk petunjuk Tuhan. Petunjuk Allah itu adalah merupakan satu benteng berlapis waja yang tidak mungkin dapat ditembus oleh Setan dan Iblis. Iblis dari semula mengakui akan kelemahan dirinya menghadapi manusia yang sedar dan iman yang berbentengkan petunjuk Allah dalam hidupnya. Bahkan kalau kita manusia mengerti dan sedar pula akan kelemahan Iblis dan kekuatan rahsia dari keimanan yang penuh terhadap Allah dan petunjuk petunjuk Allah, manusia akan selamat dalam kehidupan dunia dan akhiratnya dan akan terhindar dari tipu muslihat Iblis atau kesesatan dalam hidup. Iblis adalah satu kekuatan ghaib yang dapat disamakan dengan gelap. Sedang keimanan terhadap Allah dan petunjuk petunjuk Ilahi adalah pula satu kekuatan ghaib yang dapat disamakan dengan terang atau cahaya. Bila suatu tempat tidak dimasuki oleh cahaya, pasti tempat itu diisi oleh gelap. Bila tempat yang gelap itu dimasuki cahaya, pasti gelapnya lenyap. Begitu pulalah manusia sebagai tempat. Bila dia kosong dari keimanan dan petunjuk Ilahi, akan bermaharajalelalah Setan dan Iblis atas dirinya. Tetapi bila manusia mempunyai keimanan di dada dan selalu disiram dengan petunjuk petunjuk Ilahi, segala daya Iblis tak mampu memperdayakan. Kepada Adam diajarkan Tuhan pengetahuan pokok untuk dapat hidup di permukaan bumi. Allah mengajarkan kepada Adam nama dari tiap sesuatu. Untuk sekadar membuktikan kepada para Malaikat, bahawa manusia layak menjadi Khalifah dibumi, dan patut mendapat penghormatan dari Malaikat, Allah lalu memanggil Adam dan Malaikat supaya berkumpul. Kepada Malaikat Allah lalu berfirman: "Cuba kamu sebutkan nama dari tiap tiap sesuatu yang terdapat di permukaan bumi itu, sekiranya kamu mengetahuinya." Dengan merendahkan diri serendah rendahnya, Malaikat menjawab: "Maha Suci Engkau, ya Tuhan kami! Kami tidak mengetahui nama nama dari semua itu. Pengetahuan kami hanya sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Hanya Engkau saja, ya Allah, yang mengetahui segala galanya." Allah lalu berkata kepada Adam: "Hai, Adam! Sekarang cuba engkau sebutkan nama dari benda benda itu semuanya!" Dengan segera Adam menyebutkan nama dari tiap tiap benda yang dihadapkan Allah kepadanya, di hadapan kesemua Malaikat. Kemudian itu Allah lalu berfirman kepada Malaikat: "Bukankah Aku sudah katakan kepada kamu sekalian, bahawa Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui, tentang rahsia rahsia langit dan bumi, Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan." Buat Adam diberi Allah tempat di dalam Syurga. Makanan dan minuman tersedia serba cukup. Begitu juga apa saja yang ia inginkan. Tetapi sayang, Adam tinggal di Syurga itu seorang diri, sebatang kara. Tempat yang sebagaimana bagusnya, makanan dan minuman yang bagaimana juga lazatnya tidaklah memberikan kepuasan dan kebahagiaan yang sempurna. Manusia memerlukan teman, sekalipun hanya seorang, dengan siapa dia dapat mengemukakan suka dan dukanya, atau kasih dan sayangnya. Teman inilah yang tak dipunyai oleh Adam, sekalipun dia sudah mempunyai Syurga dengan segala kesenangannya. Sebab itu hidupnya selalu dalam kesepian. Allah tahu akan penderitaan yang berupa kesepian yang di derita oleh Adam di dalam Syurga itu. Dan Allah kasihan melihatnya. Oleh karena itu Allah akan menciptakan makhluk baru yang sama dengan Adam, tetapi jenis wanita, untuk menyempurnakan segala kekurangan dan kesepian dalam hidup Adam, untuk menjadi isterinya. Dengan tujuan yang lebih tinggi, ialah untuk meramaikan permukaan bumi, untuk membuat sejarah kebudayaan yang lebih menarik. Sejurus kemudian, Adam mengantuk, lalu tertidur. Di kala dia tertidur itulah, Allah s.w.t. menciptakan manusia kedua, jenis wanita, isteri Adam yang bernama Hawa. Setelah Adam terbangun dan membuka kedua matanya, dia melihat seseorang berdiri di samping, orang yang belum pernah dilihat Adam sebelumnya. Orang itu dipersilakan Adam duduk di sampingnya, dan kepadanya Adam lalu bertanya: "Siapakah engkau, dan siapa namamu?" Hawa menjawab: "Saya adalah wanita, dan aku belum tahu akan namaku sendiri." Bukan main senang dan gembiranya Adam melihat wanita itu berkata dan menggerak gerakkan badannya. "Engkau aku beri nama Hawa ertinya: Orang yang aku rindukan," kata Adam kepadanya. Para Malaikat datang dan bertanya kepada Adam: "Siapakah nama temanmu itu, ya Adam?" "Namanya Hawa," sahut Adam. Dengan isterinya yang bernama Hawa ini hilanglah kesepian dalam hidup Adam. Keduanya hidup berbahagia di dalam Syurga, aman dan tenteram, tak kenal takut dan lelah, makan-minum sepuas puasnya, kerana segala galanya tersedia serba cukup. Allah lalu berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Tinggallah engkau dengan isterimu di dalam Syurga ini. Makan dan minumlah sepuas puasnya. Tetapi awas, janganlah engkau berdua memakan buah dari pohon ini. Bila engkau berdua memakannya, bererti engkau berdua melanggar perintahKu, dan engkau berdua akan mengalami kerugian besar, dan bererti aniaya terhadap dirimu sendiri." Selain buah Khuldi itu, di dalam Syurga terdapat banyak dan bermacam ragam buah buahan. Semuanya boleh dimakan oleh Adam dan Hawa. Hanya buah Khuldi itu saja yang dilarang oleh Allah memakannya, agar dengan larangan itu, dapatlah Adam dan Hawa menahan hawa nafsunya, dan dengan adanya larangan itu Adam dan Hawa diuji tentang ingatan dan ketaatannya terhadap Allah. Kerana hanya dengan ketaatan inilah Allah dapat memberikan kesempatan bagi manusia untuk tetap tinggal di dalam Syurga bersenang senang dan berbahagia. Allah memberikan peringatan kepada Adam dan Hawa agar keduanya menjauhkan diri dari Iblis, jangan sampai menurutkan anjuran dan ajakan Iblis, karena Iblis sudah terang terang menyatakan dirinya sebagai musuh Adam dan anak cucunya buat selama lamanya, dan akan selalu sedaya upaya siang dan malam dengan tidak rasa letih dan tidak bosan bosan, untuk menjauhkan Adam dan semua anak cucunya dari kebahagiaan hidup. Allah berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu. Dia akan selalu menggoda engkau berdua agar engkau berdua terusir pula dari Syurga ini, sehingga engkau berdua hidup sengsara. Di Syurga ini engkau berdua dapat hidup bahagia, tidak akan menderita lapar dan susah." Begitulah Adam dan Hawa tinggal di dalam Syurga. Hidup senang dan bahagia, riang dan gembira. Sedang Iblis yang sudah diusir dari Syurga, selalu berikhtiar untuk dapat masuk Syurga kembali, guna menipu dan memperdayakan Adam dan isterinya. Pada suatu kali, Iblis berhasil dapat masuk ke dalam Syurga, bertemu dengan Adam dan isterinya. Iblis segera membujuk dengan berkata: "Hai, Adam! Aku datang untuk memberi nasihat yang baik kepadamu. Mahukah kamu aku tunjuk, bahawa di sana itu ada satu pohon yang amat lazat cita rasa buahnya. Bila buah yang lazat itu engkau makan, maka engkau dapat tinggal tetap di dalam Syurga ini buat selama lamanya, dan Syurga ini dapat engkau miliki sebagai satu kerajaan yang tak akan rosak buat selama lamanya bagi engkau berdua." "Buah apakah gerangan yang engkau maksudkan itu?" tanya Adam kepada Iblis. Iblis menunjuk ke arah pohon Khuldi yang sudah dilarang oleh Allah memakannya. Melihat isyarat Iblis itu, tahulah Adam bahawa Iblis sudah mulai menggoda dan menyesatkannya. Adam lalu berpaling menjauhkan diri dari Iblis.
Tetapi
Iblis tidak lekas putus asa. Dia mendapat kesempatan yang
kedua bertemu dengan Adam dan Hawa.
Segera pula dia memujuk: "Larangan Tuhan kepada engkau berdua memakan
buah Khuldi itu,
dimaksudkan jika engkau berdua
adalah Malaikat. Sedang engkau berdua bukan Malaikat. Jadi engkau berdua
tidak terlarang memakannya."
Adam dan Hawa tidak mengacuhkan
pujukan halus itu. Keduanya berpaling dan menjauhkan diri dari Iblis
itu.
Sebagai telah diterangkan, ketika Iblis terusir dari Syurga, ia bersumpah dihadapan Allah bahawa ia dan anak keturunannya sampai hari kiamat akan berusaha menyesatkan Adam dan anak keturunannya. Bila ia gagal dalam usahanya yang pertama dan kedua, ia tidak akan berputus asa, pasti ia akan berusaha untuk ketiga, keempat sampai ke sekian juta kalinya dalam menyesatkan dan menggoda manusia Ia tahu betul, bahawa salah satu kelemahan manusia itu, ialah sering lupa. Iblis menunggu satu waktu, di mana Adam dan Hawa sudah lupa akan perintah Allah yang melarangnya memakan buah terlarang itu. Pada suatu ketika, setelah diselidikinya, Iblis tahu betul bahawa Adam dan Hawa dalam berlengah lengah kerana kesenangan di Syurga itu. Dan Iblis tahu betul bahawa Adam dan Hawa disaat itu sudah merasakan agak lapar atau dahaga. Ia masuk mendapatkan Adam dan Hawa setelah ia memetik sendiri akan buah yang terlarang itu. Langsung dia berkata kepada Adam dan Hawa: "Makanlah buah ini, demi Allah, aku ini bukan memujuk dan menyesatkan kamu, melainkan semata mata memberi nasihat yang baik, agar kamu berdua dapat menetap di Syurga ini untuk selama lamanya. Makanlah buah ini, makanlah!" Mendengar Iblis bersumpah dengan menyebut nama Allah, Adam dan Hawa mulai berfikir: "Tentu seorang tak akan berani bersumpah dengan menyebut nama Allah dengan sumpah yang bohong. Iblis itu tentu berkata benar." Disaat Adam dan Hawa mulai ragu ragu terhadap kebenaran perkataan Iblis itu, Iblis menyogokkan buah Khuldi itu kepada Adam dan Hawa. Melihat buah yang ranum dan harum semerbak itu, selera Adam dan Hawa mulai tertarik kepadanya. Adam dan Hawa lalu lupa akan larangan Allah yang melarangnya memakan buah itu. Buah itu diambilnya lalu dimakannya. Baru saja buah Khuldi itu masuk ke dalam rongga perut Adam dan Hawa, maka lenyaplah pakaian yang menutup aurat keduanya, sehingga kedua suami isteri itu menjadi telanjang. Kedua duanya pandang memandang dengan perasaan malu yang tidak terhingga. Keduanya segera menyembunyikan diri agar tidak dilihat Allah. Keduanya memetik dua helai daun kayu yang terdapat di dalam Syurga, untuk menutup aurat masing masing. Allah lalu berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Apakah engkau lari dari Aku?" Jawab Adam: "Bukan aku lari dari Engkau, ya Allah, tetapi aku malu dan takut kepada Engkau." Berkata Allah: "Bukankah Aku sudah melarang kamu berdua memakan buah itu! Dan Aku katakan pula, bahawa Iblis itu adalah musuhmu yang nyata? Tetapi kenapa engkau berdua masih memakan buah yang Aku larang itu?" Dengan menundukkan kepala serendah rendahnya, Adam dan Hawa minta ampun dan taubat kepada Allah: "Ya Allah Tuhan kami! Kami sudah aniaya terhadap diri kami. Kalau Engkau tidak sudi kiranya mengampuni dan mengasihani kami, sungguh kami akan merugi dan sengsara berpanjangan." "Ya, Aku perintah, tapi engkau berdua melanggar perintahku," kata Allah pula. "Maafkan dan ampunilah kiranya kami ini, ya Tuhan," kata Adam dan Hawa serentak. Kembali Tuhan berfirman dengan marah: "Aku telah beri tempat engkau berdua di SyurgaKu ini, dan Aku sediakan segala apa yang engkau inginkan. Hanya Aku larang engkau berdua memakan buah Khuldi itu. Apakah buah Khuldi itu lebih berharga bagi engkau berdua daripada Syurga dengan segala isinya ini?" Sahut Adam: "Sungguh tak aku kira Tuhan, Iblis berani berkata bohong kepadaku dengan menyebut namaMu." Allah lalu memutuskan dengan firmanNya: "Demi kemuliaanKu. Engkau berdua harus meninggalkan Syurga ini, turun ke bumi yang sudah lama terbentang, di mana engkau berdua juga dapat hidup, tetapi harus dengan bersusah payah, dan dengan mencucurkan keringat, kadang-kadang juga airmata." Dengan mata berlinang, sedih dan takut, Adam bersimpuh menundukkan kepala di hadapan Tuhan minta ampun: "Tuhanku! Tuhanku! Ampunilah aku, ampuni aku." Terhadap Adam, Hawa dan Iblis, Allah menetapkan putusan yang tak dapat di robah lagi dengan berfirman: "Kamu semua harus turun ke bumi. Disanalah tempatnya bagi kamu untuk hidup bermusuh musuhan, tipu menipu, perdaya memperdayakan, berhasad dan dengki. Aku beri kesempatan kepada masing masing kamu untuk hidup di bumi ini di dalam waktu yang terbatas, juga dengan segala macam kesenangan dan kesusahan yang terbatas pula. Nanti akan datang ajal kepada masing masing kamu, lalu masing masing kamu akan Aku panggil kembali kepadaKu, untuk mempertanggung jawabkan apa yang kamu sudah lakukan selama hidup dimuka bumi itu." Airmata semakin banyak jatuh bercucuran dari mata Adam dan Hawa. Keduanya menangis tersedu sedu, sambil menanggungkan sesal yang tidak terkira hebatnya atas kesalahan, lantaran godaan Iblis. Kepada Adam dan Hawa kembali Allah berfirman: "Di bumi, kamu akan selalu didatangi dan digoda oleh Iblis dan semua anak cucu dan kakitangannya. Di bumi, kamu akan menghadapi perjuangan yang berat menghadapi mereka. Tetapi kamu jangan takut. Kepadamu dan anak cucumu akan Aku turunkan petunjuk petunjuk (ajaran-ajaran agama). Siapa diantara kamu dan anak cucumu itu yang senantiasa mengikuti petunjukKu itu, dia tidak akan tersesat dan tidak akan sengsara." Tidak lama kemudian, tibalah Adam dan Hawa dipermukaan bumi yang fana. Diterimanyalah wahyu Ilahi yang pertama yang menyatakan, bahawa Allah sudah berkenan mengampuni dosa dan menerima taubat Adam dan Hawa. Sungguh Allah suka memberi ampunan dan taubat bagi siapa saja di antara hambaNya yang merasa dirinya bersalah dan suka minta ampun dan taubat Cerita Adam yang memakan buah terlarang, lalu dikeluarkan dari Syurga dan ditempatkan di bumi ini, sudah menyesatkan banyak manusia dari dahulu sampai sekarang. Mereka katakan bahawa dengan perbuatan Adam itu maka dia sudah berdosa sebesar besar dosa, sehingga Adam diusir Allah ke bumi ini. Bahkan bukan hanya Adam dan Hawa saja yang berdosa besar, melainkan juga seluruh anak keturunannya sampai hari kiamat. Demikian hebat dan besarnya dosa Adam dan keturunannya dengan kesalahan tersebut, tidak dapat diampuni begitu saja, sehingga Allah kerana kasihNya, menjelma menjadi anak manusia melalui perut seorang wanita, lalu mati di tiang salib untuk menebus dosa tersebut. Untuk menghindarkan manusia dari kesesatan yang nyata ini, Allah telah mengutus RasulNya yang terakhir, iaitu Muhammad s.a.w., untuk menyampaikan wahyu wahyu dari Allah, iaitu al-Quran. Berulang kali dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa Adam melanggar perintah Allah itu, adalah semata mata kerana terlupa sama sekali bukan kerana sengaja. Sebab itu, Adam dianggap Allah hanya tersalah, dan bukan berdosa yang tidak terampun. Semua kesalahan yang dilakukan manusia kerana lupa, tidaklah dianggap Allah sebagai dosa. Apalagi kesalahan Adam ini hanya sekadar memakan sebiji buah, tidaklah dapat dianggap sebagai kesalahan besar, melainkan hanya suatu kesalahan yang amat kecil dan kecil sekali. Tetapi bagaimanapun kecilnya kesalahan ini, kerana kesucian dan kesedarannya yang amat tinggi itu, Adam sangat menyesal, Adam mengeluh, Adam minta ampun dan taubat. Seorang yang dapat menyedari akan kesalahannya, bukanlah orang yang berdosa, melainkan seorang yang amat mulia, seorang yang amat suci. Berulangkali pula didalam al-Quran diterangkan, bahawa Allah sudah berkenan mengampuni kesalahan Adam yang kecil itu. Bahkan bukan hanya diampuni dan diberi taubat saja oleh Allah, melainkan kerana kesedarannya dan penyesalannya itu, Adam menjadi manusia yang terpilih, diberi petunjuk dan diangkat Allah menjadi Nabi. Adalah suatu kesesatan yang nyata, menganggap seorang Nabi orang berdosa. Begitu pun tentang dikeluarkannya Adam dan Hawa dari Syurga, lalu dipindahkan dan ditempatkan di bumi ini, bukanlah menunjukkan bahawa Adam berdosa. Kerana bukankah telah diterangkan bahawa sebelum Adam melakukan pelanggaran tersebut, Allah sudah menyatakan kepada seluruh Malaikat, bahawa Adam itu diciptakan Allah untuk menjadi Khalifah di bumi ini. Ertinya bahawa Adam dan anak cucunya, diciptakan Allah untuk menghuni bumi yang sudah terbentang luas. Adalah suatu kesesatan yang nyata pula, kalau di katakan bahawa manusia ditempatkan di bumi ini, kerana dosa dan kesalahan yang telah diperbuat Adam dan Hawa. Umat Islam harus membersihkan diri dari kesesatan yang nyata ini. Adam menurut ajaran agama kita Islam, selain manusia pertama, juga seorang Nabi dan Rasul. Kita umat Islam diwajibkan beriman kepada semua Nabi dan Rasul, serta mempercayai bahawa setiap Nabi dan Rasul itu harus bersih dari segala dosa, sekalipun sebagai manusia mungkin saja tersalah, iaitu kerana lupa dan lain lain. Kesalahan bukan dosa. Nabi nabi dan Rasul rasul yang lain pun pernah pula tersalah karena lupa. Nabi Muhammad s.a.w. pernah tersalah, iaitu mengakhiri sembahyang asar yang seharusnya empat rakaat, sesudah beliau baru saja melakukannya dua rakaat. Setelah diperingatkan oleh para Sahabat yang menjadi makmumnya, barulah beliau sedar, dan beliau langsung meneruskan sembahyang tersebut sampai empat rakaat. Lebih hebat lagi kesesatan sebahagian manusia yang mengatakan bahawa: kesalahan Adam itu menjadi dosa pula bagi semua anak cucunya sampai hari kiamat, yang mereka katakan dosa asal. Padahal semua manusia yang baru lahir, bersih dari segala dosa, sekalipun ibu bapanya berdosa atau bersalah. Tidaklah adil dan patut kalau seorang ibu atau bapa berdosa, lalu anaknya dianggap berdosa pula karena dosa ibu dan bapanya itu. Dosa itu baru timbul sesudah seorang anak menjadi baligh dan berakal (aqil baligh), kerana perbuatannya sendiri. Alangkah hebatnya dosa orang yang membawa manusia kepada agama kepercayaannya yang setiap waktu secara berulangkali mengatakan bahawa Nabi Adam berdosa. Mengambinghitamkan seorang manusia suci, Nabi dan Rasul, iaitu Adam, untuk mendapatkan pengikut, bukanlah suatu perbuatan yang suci, melainkan sebaliknya, suatu perbuatan yang tercela dan berdosa pula. Kisah Adam yang demikian itu disampaikan Allah kepada manusia dengan perantaraan Kitab SuciNya al-Quran, adalah sebagai pelajaran dan peringatan bahawa kita manusia sekalipun makhluk terbaik dan mulia tetapi tetap mempunyai kelemahan. Diantara kelemahan manusia itu ialah sifat pelupa. Dan disaat kita lupa itu, kita dapat diperdayakan dan disesatkan oleh Iblis. Hendaknya berhati hati sekali jangan sampai dapat disesatkan oleh Iblis itu.
MULAI HIDUP BERKETURUNAN
Alangkah terkejutnya Adam dan Hawa setibanya dipermukaan bumi ini. Sungguh besar perbezaan Syurga dengan Bumi, seperti perbezaan siang dengan malam. Dilihat Adam dan Hawa bahawa bumi ini penuh dengan hutan belantara. Penuh dengan pokok pokok yang besar dan bercabang cabang. Didalamnya hidup segala macam binatang buas yang selalu hendak menerkam mangsanya. Singa, harimau, gajah, beruang, ular dan lain-lain sebagainya. Kerana takutnya terhadap binatang buas itu, Adam dan Hawa dengan bersusah payah, sedaya upaya mencari tempatuntuk bersembunyi. Disalah satu dataran tinggi, didapati Adam dan Hawa sebuah gua yang agak luas. Disanalah mereka menetap dan bersembunyi. Tetapi akhirnya Adam dan Hawa merasa dahaga dan lapar. Dengan bersusah-payah pula, keduanya harus keluar dari gua mencari air untuk diminum dan buah-buahan untuk dimakan. Tetapi tidak semua air dapat diminum dan tak semua buah dapat dimakan, Ada yang pahit, masin, masam, dan ada pula yang enak, manis dan gurih. Ya, ternyatalah, bahwa kehidupan didunia ini beza dengan kehidupan di Syurga dahulu. Kehidupan didunia ini setiap saat atau detik penuh dengan perjuangan. Setiap saat harus memeras otak, memeras tenaga dan keringat. Begitulah, setiap kali merasa dahaga dan lapar, Adam dan Hawa terpaksa berjalan sejauh jauhnya mencari air dan buah buahan. Sedang bahaya binatang binatang buas selalu mengancam jiwanya. Rupanya kehidupan dipermukaan bumi ini, adalah satu cara hidup yang selalu dalam proses dan peredaran, yang selalu silih berganti antara senang dan susah, dingin dan panas, naik dan turun, kenyang dan lapar, sihat dan sakit dan seterusnya. Segala macam penderitaan yang berbentuk dahaga, lapar, bahaya binatang buas dan lain-lain telah dapat menggerakkan akal dan fikiran Adam dan Hawa, bagaimana mereka dapat membebaskan diri dari penderitaan itu. Timbullah fikiran dalam hatinya untuk menanam pohon-pohon yang buahnya enak dimakan disekitar tempat kediamannya, agar dia terhindar dari bahaya binatang-binatang buas didalam hutan belukar mencari atau memetik buah-buah yang dia inginkan. Dengan mempergunakan dahan dahan kayu, tempat disekitar gua itu ditebasnya. Dipindahkannya ke situ pokok pokok yang dirasanya enak dimakan buahnya, untuk menghilangkan laparnya. Ya, Adam terpaksa memeras tenaga, mencucurkan peluh, memeras otak dan fikiran, untuk mendapatkan makanan menghilangkan lapar. Isterinya Hawa pun demikian pula. Dia terpaksa menolong Adam dengan tenaga yang ada padanya. Begitulah, bertahun tahun kemudian, Adam dan Hawa sudah dapat bercucuk tanam, dan sudah pandai pula berternak memelihara binatang ternakan seperti kambing dan ayam.
|
||||||||||
|
|
||||||||||
kisah benar dari al-quran ...
|
Thursday, May 8, 2014
jamuan makan-makan ...
daging cincang untuk buat bbq / jamuan mkn geng kampung
acara membasuh daging
daging siap utk di bbq
Subscribe to:
Posts (Atom)







