Thursday, October 9, 2014

DATING DI MIDVALLEY ...

kebetulan berkursus sama hari di kuala lumpur

singgah makan malam di midvalley

suami kursus di cititel midvalley, isteri di best western

bergaya di midvalley


KISAH RASUL : UNTA MENJADI HAKIM ...

UNTA MENJADI HAKIM

Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Rasulullah s.a.w. lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku." 
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. melalui seekor unta yang menghakimkannya. 

POTONG RUMPUT KEBUN...

kebun durian perlu dibersihkan

rumput panjang sampai pinggang

orang-orang utk halau beruk

penuh semangat


MAKAN DURIAN DI DUSUN ...

buah durian tinggi nun disana ...

duarian fresh baru jatuh...

menikmati durian didusun sendiri...

HAZIQ & HASIF NAIK MOTOR ...

bergaya bersama pedang diatas motor ...

penuh gaya macam model SYM...

pusing2 dengan motor

bainya dua beradik...

KISAH RASUL : PESANAN DARI KUBUR...

KUBUR BERKATA-KATA
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." 
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

sepintas lalu raya...

bergambar keluarga


letih berjalan

bergambar bersama tok adi...


suami bergambar bersama tok adi...
nasir bilal khan : drama tanah kubur

PERISTIWA KETIKA MENGURUS JENAZAH RASULULLAH SAW


Apabila Rasulullah s.a.w. baru saja wafat, adalah diriwayatkan bahawa ketika Sayyidina Ali Bin Abu Talib r.a meletakkan jasad baginda diatas tempat tidurnya,tiba-tiba terdengar suara ghaib dari penjuru rumah berseru dengan nada tinggi:””Jangan kamu mandikan jenazah Muhammad,kerana ia adalah orang yang suci lagi pula membawa kesucian!”Ali curiga terhadap suara itu seraya ia bertanya:
“Siapakah engkau?Bukankah Rasulullah menyuruh kami memandikannya.?Tiba-tiba terdengar suara ghaib yang lain berseru sebaliknya:
“Hai Ali!Mandikanlah Beliau!Suara ghaib yang pertama itu berasal dari suara iblis yang terkutuk kerana dengki terhadap Muhammad s.a.w. dan ia bermaksud supaya Nabi Muhammad tidak dimasukkan kedalam liang kuburnya dalam keadaan dimandikan.”
Ujar Ali pula:”Semoga Allah membalasi engkau dengan kebajikan dikala engkau memberitahukan,bahawa suara itu berasal dari iblis.Sekarang saiapakah pula sebenarnya engkau sendiri?”
“Aku adalah Khidir.aku datang untuk menzirahi jenazah Muhammad s.a.w.”Jawab suara itu.
Kemudian Saiyidina Ali r.a pun memandikan jenazah Rasulullahs.a.w.sedang AlFadhal Bin Abbas dan Usamah Bin Zaid r.a menimbakan air dan malaikat Jibril datang membawa harum-haruman dari syurga.Mereka kapani dan kuburkan beliau di kamar rumah Siti Aishah pada malam Rabu dan ada yang mengatakan pada malam Selasa.
Kewafatan baginda telah menyebabkan kesedihan yang bukan sedikit dikalangan seluruh ummat,lebih-lebih lagi para sahabat yang terdekat.Kata -kta yang dilahirkan oleh para sahabat demi setelah mengetahui kewafatan beliau amatlah mengharukan.
Seketika membuka kain selubung yang menutupi wajah Rasulullah yang baru saja wafat,Syaidina Abu Bakar AsSiddiq berkata dengan penuh terharu:
“Demi ayah dan bondaku!Alangkah indahnya hidupmu dan alangkah indahnya matimu!Demi Allah!Sekali-kali tidak akan terkumpul dua kematian atas dirimu.Adapun mati yang telah ditentukan Allah bagimu,telah kau alami.Dansetelah itu takkan ada lagi kematian yang datang kepadamu buat selam-lamanya!”
Hassan Bin Thabitr.a salah seorang sahabat Rasulullahs.a.w. yang utama dan penyair Islam yang agung dizaman Rasulullah,telah menerima berita kewafatan baginda dengan berat sekali.Kesedihan yang dirasakannya dapat kita saksikan dari sebuah sajak yang ditinggalkan sejurus kewafatan Rasulullah:
“duhai ,engkaulah biji mataku
Dengan kematianmu,
aku menjadi buta
tak dapat melihat
siapa yang ingin mati sepeninggalmu
biarlah ia mati pergi menemui ajalnya
Aku,hanya risau haru dengan pemergianmu…..”
Tetapi antara banyak orang tentu sekali yang paling merasakan berat atas kewafatan baginda ialah kaum keluarganya yang terdekat seperti puteri baginda yang paling dikasihinya Siti fatimah serta balu-balu baginda terutama Siti Aisyah r.a.
Pernah suatu hari,Ummu Mukminin Siti Aisyah r.a bersenandung dengan suara teharu sambil berdiri dikubur Nabi s.a.aw. Katanya:
“Wahai insan yang tidak pernah memakai sutera
Yang tak pernah tidur diatas tilam yang empuk
Wahai insan yang keluar dari dunia dan perutnya
Tidak pernah kenyang dengan roti dan gandum
Wahai insan yang memilh tikar tempat tidurnya
Wahai insan yang berjaga sepanjang malam tanpa tidur’
Kerana takut sentuhan neraka sa’ir…….”
Ada riwiyatkan sepeninggal ayahnya,orang melihat Siti fatimah Azzahra selalu berikat kepala,tubuhnya semakin kurus dan matanya membengkak kerana menagis terus menerus,bahkan ia sering tidak sedarkan diri.kepada putera-puteranya ia selalu mengatakan:
“Mana dia ayah yang mencintai kalian itu?Aku tidak pernah lagi melihat dia membuka pintu ini.Kalian tidak akan pernah lagi naik keatas punggungnya seperti yang biasa kalian lakukan…”
Pohon yang biasanya mendapatkan kasih sayang itu ,semakin layu dan mengering………

MANDI MANDA DI LATA BAYU ...

beposing di jambatan

abang ajak adik main

bergambar bersama mama

hutan lipur lata bayu, baling, kedah

PERMAINAN 2 BERADIK ...

ntah apa yg syiok sgt tuh...haziq

adik hasif makan nasik sambil posting

main kat dapoq..nak jadi chef

lepas tu main buaian plak...

dua2 layan perasaan masing-masing

BAH 7 BANJIR DI RUMAH BELAU ...

air lumpur masuk jam 4.00 am

penuh ruang tamu dengan selut

air merah dari kaki bukit


ruang tamu kotor

mopping di pagi raya korban

RAYA KORBAN 2014 : SEPINTAS LALU...

lembu yang do korbankan

buat kerja dalam hujan

org muda melapah


lembu sihat sebelum korban

HARI RAYA KORBAN 2014 ...

cincang daging di rumah paklong cot

tukang masuk menanti dengan penuh sabar

dah jadi sup

hiris daging penuh semangat


Thursday, June 5, 2014

NAEK KERETA PUSING DATARAN PUTRA ...

 
hasif & haziq naik kereta pusing putrajaya...
dengan bangga dapat naek kereta sewa pandu sendiri ...
x der lesen pun x per...
polis tak dak ...

VIDEO : HASIF DAH PANDAI BERJALAN...

langkah pertama hasif....

KISAH DARI AL-QURAN : Jeneral Talut & Nabi Daud - Chapter 002

ANTARA TALUT DENGAN NABI DAUD


Kerana Daudlah tercapainya kemenangan yang gilang gemilang, yang mempunyai erti dalam sejarah besar itu bagi Bani Israel. Dengan kemenangan ini, nama Daud menjadi harum semerbak di seluruh lapisan rakyat dan masyarakat, menjadi sebutan dan buah bibir, ditambah pula dengan sifat dan budinya yang suci. Kecintaan segala orang melekat pada diri Daud, kecintaan dan penghormatan yang semakin hari semakin hebat, bukan hanya terhadap keberanian dan sifatnya, tetapi segala gerak gerinya menjadi tambatan hati manusia sekelilingnya.
Yang paling tertanam cinta hatinya terhadap Daud, adalah Raja Talut sendiri. Talut belum puas kalau hanya menghormati dan memuliakan Daud, kalau hanya menerima nasihat dan petunjuk dari anak muda itu. Lebih dari itu semua, ia ingin menjadikan Daud anak menantunya sendiri, kerana Talut kebetulan mempunyai beberapa anak perempuan yang masih gadis pula. Yang tercantik dari anak gadisnya itu, ialah Mikyal namanya. Daud lalu dikahwinkannya dengan anak gadisnya yang tercantik itu. Maka dengan perkahwinan ini, Daud menerima dua kemenangan, iaitu kemenangan dimedan perang dan kemenangan dalam perjuangan asmaranya pula.
Dengan terjadinya perikatan ini, terikat eratlah dua kekuatan raksasa yang susah dihancurkan oleh musuh. Negara yang dipimpin oleh Talut semakin maju dan makmur, sedang tentera yang dipimpin oleh Daud, semakin kuat dan maju pula. Dalam pada itu perhatian orang terhadap diri Daud semakin hebat dan memuncak juga, malah semakin bertambah, sejak dia menjadi menantu raja.
Beberapa waktu kemudian, pada suatu hari, Daud melihat perubahan pada diri Talut terhadap dirinya. Setiap kali dia berhadapan dengan Talut, dilihatnya muka Talut kusut dan masam saja. Kalau Talut berkata, kata katanya mulai memperlihatkan rasa yang tidak senang terhadap dirinya dan kalau Talut tersenyum, terasa ada kepahitan dalam senyumannya itu.
Daud sangat hairan melihat perubahan yang tiba tiba itu. Mulanya didiamkannya saja, dijadikannya barang simpanan dalam hati kecilnya, sambil dia melihat perkembangan selanjutnya. Tetapi ternyata kepadanya, bahawa perasaan Talut yang demikian itu, bukan perasaan yang hanya seketika, tetapi rupanya sudah menjadi isi hati yang tidak dapat dinyahkan lagi, malah perasaan benci dan dengkinya terhadap Daud semakin bertambah.
Daud merasa hairan, bukankah dia sendiri telah menyerahkan dirinya untuk mengabdi kepada rajanya dan bukankah dia sendiri dicintai dan sebagai menantunya pula? Apakah gerangan yang telah menyebabkan demikian rupa perubahan dalam hati Talut terhadap dirinya? Hal ini benar benar susah diteka dan dibayangkannya. Tetapi menjadi teka-teki yang paling ajaib, menjadi tanda tanya yang paling besar dalam kalbunva yang suci murni itu.
Keadaan semakin cerewet dalam pandangan Daud. Dia tidak tahan lagi untuk menyimpan teka-teki besar ini dalam dirinya. Dia ingin bertanyakan hal itu kepada isterinya, kalau kalau isterinya mengetahui akan duduknya perkara, sebab Daud percaya, bahawa isterinya tetap cinta dan kasih kepadanya, sebagai kecintaan dan kasih sayang dia terhadap isterinya itu.
Pada suatu hari, ketika Daud hanya berdua saja dengan isterinya di dalam sebuah kamar, Daud berkata kepada isterinya itu:
Ya Mikyal, isteriku yang tercinta. Saya tidak tahu, apakah saya ini tersalah dalam rabaan saya ataukah benar, apa betulkah apa yang saya rasakan ini, atau tidak betul, bahawa saya melihat perubahan besar perhatian bapa kita terhadap diriku seakan akan bapa kita menaruh perasaan yang tidak enak terhadap diriku ini. Bukan saja gerak geri dan kata katanya, tetapi juga pandangan matanya terhadapku selalu mengandung rasa benci dan curiga saja. Bagaimanakah pandanganmu terhadap hal yang kukemukakan ini?
Mikyal seorang wanita yang masih muda, sebagai anak yang tinggi pengetahuannya, baik budi dan dalam perasaannya, tentu tahu akan kewajipannya. Dia cinta kepada suaminya, tetapi perlu pula cinta dan hormat kepada orang tuanya sendiri. Bagaimanakah dayanya menghadapi dua hal yang saling berlawanan ini? Apakah akan bersembunyi sembunyi untuk menjaga kewajipannya terhadap bapa dan pula terhadap suaminya? Berat fikirannya sebelum menjawab pertanyaan suaminya itu. Tetapi ketulusan jiwa dan keikhlasan batinnya, memaksa dia untuk berterus terang apa yang dirasakan dan dilihatnya.
Mikyal lalu menjawab: Saya tidak akan sembunyikan apa yang kuketahui ya Daud, suamiku. Saya tidak akan tutup tutup kepadamu hal hal yang tidak engkau ketahui. Adapun bapaku, sejak bangsa Bani Israel mencintai dan menghormatimu dengan kecintaan yang sehebat itu, setelah melihat bahawa tiap tiap kata kata perintahmu ditaati oleh bangsa kita seluruhnya dan kedudukanmu makin tinggi dalam pemandangan mereka semua, bapaku irihati dan dengki. Takut kalau kalau kekuasaan yang ada ditangannya sekarang ini, berpindah ke tanganmu.
Sekalipun bapaku itu termasuk orang yang beriman kepada Allah dengan segala keikhlasan keimanan dan termasuk salah seorang yang berpengetahuan tinggi serta bijaksana, raja besar yang disegani oleh setiap raja; tetapi di hari yang akhir-akhir ini, saya juga melihat sebagai apa yang engkau lihat itu. Bapaku ingin mengenyahkan engkau, memperkecil akan pengaruhmu, bahkan kalau dapat akan membuangmu dari pergaulan hidup.
Sebab itu, saya ingin menasihatkan kepadamu, agar engkau sejak sekarang berjaga jaga dengan keselamatan dirimu sendiri. Menurut fikiranku, untuk menghindarkan bahaya yang mungkin tiba itu, adalah sebaik baiknya engkau menjauhkan diri dari sini.
Berkata pula Daud: Bukankah aku ini askar biasa, tidak ingin merebut kedudukan raja yang kutaati dan kupertahankan, apalagi aku ini adalah seorang Mukmin yang penuh iman. Sungguh Talut menurutkan pengaruh syaitan saja, menurutkan hawa nafsu atas kekuasaan dunia. Keputusan untuk berangkat sebagai dinasihatkan isterinya itu, belum diambil oleh Daud, dia masih tetap di situ sekalipun dengan keadaan seperti berdiri di atas bara yang bernyala nyala. Tiba tiba pada suatu hari Talut memanggil Daud datang menghadap kepadanya. Setelah Daud datang, Talut berkata:
Hari ini aku mendapat khabar yang sangat berbahaya. Bangsa Kanan dengan tenteranya yang besar dan kuat, telah mulai menyerang negeri kita, Tidak ada yang dapat mempertahankan keselamatan negeri kita ini, selain engkau sendiri. Ambillah pedang dan perisaimu, kumpulkanlah tentera tentera yang kamu pilih, pergilah berangkat sekarang juga menghalaukan musuh itu. Engkau tidak boleh kembali pulang, kalau tidak dengan membawa kemenangan.
Daud merasa, bahawa perintah ini sangat berbeza dengan perintah perintah yang biasa, Mungkin ini suatu cara untuk melenyapkan dia dari permukaan bumi ini. Tetapi sungguhpun begitu, kewajipannya sebagai tentera, hanya mentaati dan menjalankan perintah yang sudah dikeluarkan oleh jeneral dan rajanya sendiri.
Dengan tentera yang terbatas, Daud berangkat kemedan perang menghadapi musuh yang besar itu. Dengan pertolongan Allah, dia menang dalam peperangan itu, musuh dapat dikalahkannya dengan bertekuk lutut. Kemenangan yang sangat besar ertinya ini, bukan membulatkan penghargaan dari Talut terhadap Daud, tetapi menambah berkobarnya perasaan dengki dan bencinya.
Demikianlah kalau ingin berkuasa di dunia ini telah terpaku terhunjam dalam jiwa seseorang, perasaan suci dan keimanan dapat terdesak olehnya, bila kesucian dan keimanan itu tidak dipupuk dan diasuh, apabila kalau kekuasaan itu berada di tangan seorang yang kotor batinnya dan tidak ada keimanan sama sekali. Kerana nafsu yang di kobar kobarkan oleh hasutan syaitan ini, Talut menetapkan cara untuk mengenyahkan Daud, sekalipun dengan cara se kejam dan sejahat jahatnya. Dia sudah menetapkan akan membunuh Daud dengan pedangnya sendiri.
Kehendaknya ini sekalipun disembunyikan, tetapi dapat juga diraba oleh anaknya (Mikyal) yang jauh pemandangannya itu. Hal ini dengan segera disampaikannya kepada Daud. Sambil berlinangkan airmata ia berkata kepada Daud: Saya lebih sengsara rasanya, kalau engkau terbunuh mati dihadapanku sendiri. Sebab itu, sekalipun agak berat; saya minta agar engkau segera melarikan diri meninggalkan rumah dan aku untuk menjaga keselamatan dirimu dan pula diriku sendiri.
Setelah berfikir sejurus, akhirnya Daud pun tidak mempunyai jalan lain yang lebih baik dan aman, selain melarikan diri. Dia pergi dengan perasaan yang tidak dapat dibayangkan dengan pena dan kata kata. Pemergian ini menggemparkan bangsa Israel seluruhnya. Pemergian yang tidak dijangkakan oleh mereka terlebih dahulu. Di antara keluarga dan orang orang yang cinta kepada Daud, menyusul Daud dari belakang.
Mulanya sedikit saja orang yang mengikutinya, tetapi akhirnya semakin ramai juga. Kebencian terhadap Talut semakin meluap dikalbu rakyat banyak, yang insaf dan sedar.
Sekarang rakyatlah yang baik dan suci, raja dan pemimpinlah yang kotor dan jahat. Setelah banyak orang yang lari ke pihak Daud, semakin geramlah Talut kerananya, tetapi juga disusul oleh tenteranya sendiri. Hampir seluruh anggota tentera, sekarang berpihak kepada Daud yang berada dalam pelarian itu.
Kedudukan Talut semakin lemah dan goyang, Tidak ada lain jalan bagi Talut, selain dengan segera menyerang Daud yang semakin kuat itu, sebab kalau terlambat, maka kejatuhannya sudah tentu dan kemenangan Daud sudah pasti pula. Semua kekuatan yang ada padanya, dikerahkan untuk menyerang dan membunuh Daud. Rencananya ini diketahui oleh Daud. Daud bersiap dan tetap menjaga kesabaran dan keimanan dalam dadanya.
Dengan berbagai cara, Daud ikhtiar untuk menghindarkan pertempuran sesama bangsa. Dia berpesan agar Talut kembali kepada kebenaran, menjauhkan segala syak wasangka yang tak beralasan itu, tetapi semua ini sia sia belaka. Kalau Daud tidak bertahan dan melawan, mungkin kebenaran akan hancur, sedang nafsu serakah akan bermaharajalela. Dia terpaksa menggerakkan pertempuran, menghadapi lawannya yang tidak kenal damai itu.
Tentera Talut sekarang ini berhadapan dengan tentera Daud. Dari seorang utusan, Daud mengetahui di mana sekarang ini Talut berada. Seketika Talut dan tenteranya di dalam kepenatan dan lelah, berhenti dan tidur di sebuah tempat pertahanannya, dengan diam diam Daud berjalan mendekatinya. Dalam keadaan tertidur dan terlengah itu, Daud berhasil mengambil lembing perang yang berada di tentangan kepala Talut yang sedang tidur. Talut tidak dibunuhnya, tetapi lembing itu saja yang diambil dan dibawanya. Alangkah terperanjatnya Talut setelah dia terbangun dari tidurnya, bahawa lembingnya sudah tidak ada. Dia marah sekali terhadap tenteranya dan bertanyakan di mana lembingnya sendiri.
Dalam keadaan panik dan kacau itu, tiba tiba dihadapan Talut muncul seorang lelaki membawa lembingnya yang hilang itu dan berkata kepada Talut di hadapan semua kaum dan tenteranya: Inilah lembingmu yang hilang itu. Saya ini utusan Daud, datang ke mari mengembalikan lembing ini kepadamu dan lembing ini diambil oleh Daud ke mari tadi, ketika kamu tidur. Dia tidak bermaksud membunuhmu, hanya diambilnya saja lembing ini, dengan harapan dengan kembalinya lembing ini kepadamu, kembali pula keinsafan dan kesedaran atas salahnya tindakan yang kamu ambil.
Kata kata utusan Daud ini berpengaruh besar dalam jiwa Talut, airmatanya keluar. Nampak benar sesalnya atas tindakannya selama ini. Nampak pula sesal hatinya yang telah berbuat khianat kepada Daud, seorang suci yang berjasa dan menantunya pula. Talut menangis tersedu sedu, dia teringat telah banyak membunuh orang orang yang melarikan diri kepada Daud, membunuh ulama ulama dan pembesar pembesar bawahannya sendiri. Sedar dia akan besarnya dosa yang diperbuatnya, terbayang di matanya seksa apa pula yang akan diterimanya dari Allah di alam akhirat nanti. Pertempuran tidak terjadi. Talut bersama tenteranya kembali pulang membawa kemenangan yang berupakan sesal dan kesedaran. Di rumah, dia tanggalkan semua pakaian kerajaan dan kebesarannya. Dia bertafakur menghadapkan muka dan jiwa kepada Allah semata, minta ampun dan taubat dengan hati yang setulusnya. Begitulah kerjanya setiap hari, lain tidak. Akhirnya badannya menjadi lemah juga. Dengan mulut yang tidak kering keringnya, ia minta taubat dan mensucikan nama Tuhan, dia meninggal dunia, pulang ke rahmatullah!
Seluruh rakyat dengan spontan berkerumun di sekitar Daud dan mengangkat Daud menjadi raja mereka. Di bawah pemerintahan Daud, Kerajaan Bani Israel maju pesat, aman dan makmur dengan rakyat yang berhati takwa kepada Allah, sehingga kerananya, rahmat dan nikmat Allah terus menerus turun sebagai dicurahkan dari langit!

JOM KITA MINUM BERSAMA ....

minum susu secara beduet...

gaya peminum susu tegar ...