Kisah Imam Ahmad Bin Hanbal dengan Pembuat Roti
Pada suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal
rahimahullah ingin menghabiskan malamnya di sebuah masjid, tetapi penjaga masjid
tidak membenarkannya (mungkin kerana dia tidak mengenali Imam Ahmad bin Hanbal).
Puas Imam Ahmad bin Hanbal memujuk penjaga masjid tersebut, namun tidak
berhasil.
Sehingga Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
“Aku akan tidur di atas kakiku sendiri (yakni
tidur berdiri).” Dan sememangnya Imam Ahmad bin Hanbal tidur dalam
keadaan tersebut. Melihatkan keadaan itu, penjaga masjid tersebut tetap tidak
berpuas hati, lalu dihalaunya Imam Ahmad bin Hanbal keluar dari masjid
tersebut.
Keadaan ini telah diperhatikan oleh
seorang pembuat roti, membuatkan timbul rasa belas kasihan terhadap Imam Ahmad
bin Hanbal yang agak lanjut usianya pada ketika itu. Lalu beliau mempelawa Imam
Ahmad bin Hanbal untuk bermalam di rumahnya pada malam itu. Kedua-duanya tidak
mengenali antara satu sama lain.
Apabila tiba di rumah si pembuat roti,
Imam Ahmad dilayani dengan baik sekali dan dimuliakan sebagai seorang
tetamu.
Apabila si pembuat roti beredar untuk
membuat roti, Imam Ahmad bin Hanbal mengekori sambil memerhatikannya. Imam Ahmad bin Hanbal kagum dan terkejut melihat si
pembuat roti yang sentiasa beristighfar walaupun sibuk dengan
kerja-kerjanya.
Pada pagi keesokannya, Imam Ahmad
bertanya kepada si pembuat roti tentang keadaannya yang sentiasa beristighfar
walaupun sedang sibuk melakukan kerja.
“Alhamdulillah, saya sering beristighfar walau di
manapun saya berada dan walau keadaan apa sekalipun yang saya hadapi,”
jawab si pembuat roti jujur.
Lalu Imam Ahmad bertanya: “Adakah anda dapati apa-apa kebaikan dari perbuatanmu
itu?”
Maka si pembuat roti menjawab: “Tidak ada satu doa pun yang aku pohon kecuali Allah
SWT akan memperkenankan doaku itu.” Beliau terdiam seketika lalu
menyambung: “Kecuali satu
doa...”
“Apakah
doa itu?” tanya Imam Ahmad bin Hanbal.
Jawab si pembuat roti: “Doa untuk aku melihat Imam Ahmad bin
Hanbal.”
SUBHANALLAH...
Wallahua'lam.
P/s: Dari kisah
diatas dapatlah kita gambaran jelas kelebihan Beristighfar ,selain
dapat menghapuskan dosa ,ia juga dapat menambah rezeki,Allah menunaikan hajat
seseorang, menhilangkan keluh-kesah dalam diri dan banyak lagi InsyaAllah
..WallahuA'lam. Jom Istifar.