Monday, February 18, 2013

Rahsia Surah Al-Fatihah & Cara Amal


Dalam kekusutan minda, ketidak tenteraman jiwa, kecelaruan ummat dan segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini adalah penting bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan pelbagai ilmu. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang lebih mustahak ialah mengamalkan ilmu yang ada.

Baca dan ketahuilah Rahsia Surah Al-Fatihah ini. Amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.


1. Untuk membuatkan seseorang (saudara-mara/ pasangan/ anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
- Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit kritikal:
* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari berterusan.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis:

* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka kecil (luka terkena pisau, luka sengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dll)
* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian "langit-langit" dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:
1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
2. Baca dengan penuh "khusyuk" dan "Tawadhu"
3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintalah dengan niat yang baik. InsyaAllah akan makbul permintaan anda.

Wallahualam.
Sumber ilmu : Dr. Fatma Az-Zahra

Thursday, February 7, 2013

ILMU FREE: PETUA KALAHKAN NYAMUK ...

Cara - cara murah dan mudah membanteras nyamuk!

Nyamuk cukup mengganggu dan sangat berbahaya sebagai penyebar berbagai penyakit yang boleh memudaratkan. Pembunuh serangga di pasaran adakalanya kurang berkesan bahkan membawa kesan sampingan yang agak serius. 

 
Berikut ini cara MUDAH dan MURAH yang boleh dicuba. Sesuai untuk semua keadaan seperti kediaman rumah, sekolah, rumah sakit dan kawasan-kawasan yang dikenalpasti banyak nyamuk.


Bahan-bahan yang diperlukan :-

1.  200 ml air 
2. 50 gram gula merah 
3. 1 gram ragi (boleh didapati dipasaraya, kedai runcit atau pasar) 
4. Botol plastik 1.5 liter 
5. Pastik hitam atau pembalut berwarna hitam


Langkah-langkah pembuatan 

1. Potong botol plastik di tengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol. 




2. Campur gula merah dengan air panas dan kacau. Biarkan hingga sejuk dan kemudian tuangkan ke dalam  bahagian bawah potong botol tadi.


3. Tambahkan ragi dan biarkan. Jangan dikacau atau larutkan ragi tersebut. Ini akan menghasilkan karbon-dioksida. 



4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas tadi dengan posisi terbalik seperti corong. 



5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam kecuali bagian atas. Plastik sampah atau palastik semaian pokok boleh digunakan dan diletakkan di beberapa sudut rumah anda.. 



Dalam dua minggu,anda akan melihat banyaknya jumlah nyamuk yang mati di dalam botol. 


SELAMAT MENCUBA!!!!

MAKHLUK ALLAH LAIN BERSAMA KITA ...

Macam Raksasa.....Rupa-Rupanya

Nampak memang macam raksasa. Menakutkan!!! Tapi tahukah anda gambar-gambar yang tertera di bawah gambar mikrorganisma-mickrorganisma yang berada di sekeliling kita. Beberapa gambar menarik tentang wajah-wajah mikrorganisma-mikrorganisma ini yang di ambil melalui mikroskop berkuasa tinggi.












Wednesday, February 6, 2013

BETULKAH BACAAN AL-FATIHAH KITA ...

Kesalahan-kesalahan Tajwid dalam al-Fatihah

Di ruang yang terbatas ni, aku nak kongsi sikit ilmu aku yang tak seberapa ni tentang bacaan al-Fatihah. Aku ni taklah pandai mana. Cuma aku nak kongsi ilmu yang aku ada ni. Takde gunanya aku simpan-simpan ilmu yang sikit ni.

Berikut merupakan beberapa kesalahan dalam bacaan surah al-Fatihah yang mungkin kita terlepas pandang. Bacaan al-Fatihah amat penting kerana ia adalah rukun. Sekiranya tersilap baca walaupun satu huruf, ia boleh membatalkan solat kita.

Kalau ada sesiapa yang nak tambah dan betulkan, silakan ye... :) . Namun, nak ingatkan di sini, blog bukanlah tempat yang sesuai untuk belajar al-Quran. Blog hanyalah sekadar bahan bacaan. Untuk mempelajari al-Quran, berjumpalah dengan guru al-Quran, insya Allah...



1. Sebutan huruf berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."

2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"

5. Sebutan huruf tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf digantikan dengan huruf

7.
Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."

8. Sabdu pada huruf ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"

9. Huruf ditukar menjadi huruf

10.
Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".

11. Sebutan huruf tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

13. Huruf ditukar menjadi huruf

14.
Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".

16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.

17. Huruf ditukar menjadi huruf

18.
Huruf ditukar menjadi huruf . Apabila huruf berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf kepada huruf . Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf dulu, baru huruf . Ramai yang membunyikan, kemudian. Ada juga membunyikan , kemudian . Tak kurang juga ada yang membunyikan kemudian

21.
Huruf ditukar menjadi huruf

22.
Huruf berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Hurufdisebut dengan qalqalah.

24. Huruf tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ditukar menjadi huruf ﺃ

26. Huruf tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat

Wallahu a'lam...

LAWA@LAWAK ANAK AYAM NIE...

jumpa kat pasar pagi pekan merbok...
wanw wani plak ayam nie...
lama tak tengok...
rasa macam nak penyek pulok...

LAYAN TEH TARIK DI GERAI...

time nie g melepak kat gerai...
depan klinik merbok nun...
 
 

IMAM MUDA HAZIQ...

alhamdulillah...
sejuk perut tengok bakal imam muda nie...
bakal imam besaq masjid negara lagu nie gayanya...
 
 

Sunday, February 3, 2013

RAHSIA SURAH AL-FATIHAH ...


Kisah sahabat Nabi merawat dengan Surah Al-Fatihah


Dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a. ia menjelaskan adanya satu kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang keluar pergi musafir. Di tengah perjalanan mereka telah singgah di sebuah perkampungan Badwi. Mereka telah meminta makanan, tetapi penduduk kampung tersebut enggan memberinya.


Dengan takdir Allah s.w.t., tidak lama setelah itu, ketua kampung berkenaan telah disengat binatang. Mereka telah berusaha untuk mengubatinya tetapi gagal. Sesetengah daripada mereka mencadangkan agar mereka meminta pertolongan daripada kumpulan orang Islam yang singgah di kampung tadi. Mungkin mereka boleh membuat sesuatu untuk merawat.

Mendengarkan harapan yang begitu tinggi terhadap mereka, sebahagian daripada orang Islam tadi memberitahu bahawa mereka boleh menolongnya, tetapi oleh kerana penduduk tersebut pernah menolak permintaan mereka sebelum itu, mereka tidak akan menolongnya kecuali setelah berjanji memberi upah.


Rombongan itu bersetuju atas permintaan tadi untuk memberi beberapa ekor kambing. Orang Islam yang berkenaan datang menemui ketua kaum yang sedang sakit, lalu dihembusnya dengan air ludah pada tempat yang sakit tadi sambil membaca: “AlhamdulilLah”. Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa doa yang dibaca ialah Surah al-Fatihah lalu perawat tadi mengumpulkan air ludahnya dan
dihembuskan, menyebabkan pesakit beransur sembuh. Dalam satu riwayat lain, dijelaskan bahawa upah yang diberi ialah tiga puluh ekor kambing.
Keterangan hadis ini memperlihatkan bahawa Surah al-Fatihah itu amat besar fadilatnya, di antaranya ialah untuk merawat pesakit akibat terkena racun, seperti disengat kala jengking, lipan dan sebagainya.


Dijelaskan juga dalam keterangan hadis ini bahawa perawat, dengan izin Allah berjaya melakukan rawatan dengan membaca Ummu al-Qur’an (Surah al-Fatihah). Kalau difikiri dari segi logiknya, terlalu sukar untuk menerima hakikat, bahawa pesakit boleh sembuh hanya dengan bacaan Surah al-Fatihah dan sedikit hembusan air ludah.


Setiap orang Islam boleh dikatakan tahu membaca Surah al-Fatihah, tetapi untuk meyakinkan bahawa bacaan yang dituturkan membolehkan seorang pesakit, seperti sakit terkena gigit kala jengking ataupun lipan boleh sembuh, sering dirasakan seupama sesuatu yang sukar diterima. Malah kita sendiri mungkin tidak yakin bahawa usaha seperti ini boleh berjaya. Tetapi, kesembuhan seperti ini bukan sesuatu yang mustahil, kerana Allah s.w.t. itu maha berkuasa, tidak digagahi oleh sesuatu, apabila Ia menghendaki sesuatu, Ia berkata: jadilah maka jadilah (Surah Yasin : 82).

Sumber dari Darussyifa’

Friday, February 1, 2013

kenari lama bertukar wajah ...

 
ni warna kenari tu time trade in kat kedai berkenaan
selepas sebulan bertukar wajah dah. ada orang tempah dah
 
dah jadi warne puteh dah...saje gi tengok...

TOK NEK BERGAMBAR DENGAN ...

tok nek...
umuq nak masuk 90 thn dah...masih sihat wal afiat...
sekali ayam menumpang sekali pulok time posing

syoknya ajit....

amik gambar di pentas. sempena gong xi fa cai. di amanjaya mall sungai petani. dok atas trolly pun ok aper...
 
ni time dok main kat taman jubli sungai petani. cukup kalut nak main kalau nampak menatang gelongsoq nih...

GAMBAQ DENGAN BAS SEKOLAH

ini time pegi makan kenduri di dewan serbaguna IKM Sungai Petani. time kuar nak balik, haziq nampak bas. terus minat bas.
 
syok amik gambaq la tue...
 
bergaya depan bas. pelik pulok gambar ni, tayar bas sebelah lagi x nampak...
 
syok giler dapat gambaq depan bas. bukan senang nak dapat tu. ekeke
 
posing maut
 
pueh hati dapat gambaq bas

KETA BARU KAMI...

haziq sedang bergaya didepan kereta barunya itu...

HAZIQ TAK NAKAL, TAPI AKTIF ...

haziq yang sering melompat-lompat atas katil
 
matanya bulat, mukanya bujur sireh
 
sering memanjat ke atas katil
 
suka pakai topi, kadang-kadang jek

Wednesday, January 23, 2013

KISAH BERGUNA YANG KITA LUPAKAN...

Kisah Imam Ahmad Bin Hanbal dengan Pembuat Roti


Pada suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah ingin menghabiskan malamnya di sebuah masjid, tetapi penjaga masjid tidak membenarkannya (mungkin kerana dia tidak mengenali Imam Ahmad bin Hanbal). Puas Imam Ahmad bin Hanbal memujuk penjaga masjid tersebut, namun tidak berhasil.

Sehingga Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Aku akan tidur di atas kakiku sendiri (yakni tidur berdiri).” Dan sememangnya Imam Ahmad bin Hanbal tidur dalam keadaan tersebut. Melihatkan keadaan itu, penjaga masjid tersebut tetap tidak berpuas hati, lalu dihalaunya Imam Ahmad bin Hanbal keluar dari masjid tersebut.
Keadaan ini telah diperhatikan oleh seorang pembuat roti, membuatkan timbul rasa belas kasihan terhadap Imam Ahmad bin Hanbal yang agak lanjut usianya pada ketika itu. Lalu beliau mempelawa Imam Ahmad bin Hanbal untuk bermalam di rumahnya pada malam itu. Kedua-duanya tidak mengenali antara satu sama lain.
Apabila tiba di rumah si pembuat roti, Imam Ahmad dilayani dengan baik sekali dan dimuliakan sebagai seorang tetamu.
Apabila si pembuat roti beredar untuk membuat roti, Imam Ahmad bin Hanbal mengekori sambil memerhatikannya. Imam Ahmad bin Hanbal kagum dan terkejut melihat si pembuat roti yang sentiasa beristighfar walaupun sibuk dengan kerja-kerjanya.
 
 
Pada pagi keesokannya, Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti tentang keadaannya yang sentiasa beristighfar walaupun sedang sibuk melakukan kerja.
Alhamdulillah, saya sering beristighfar walau di manapun saya berada dan walau keadaan apa sekalipun yang saya hadapi,” jawab si pembuat roti jujur.
Lalu Imam Ahmad bertanya:Adakah anda dapati apa-apa kebaikan dari perbuatanmu itu?
Maka si pembuat roti menjawab:Tidak ada satu doa pun yang aku pohon kecuali Allah SWT akan memperkenankan doaku itu.” Beliau terdiam seketika lalu menyambung: Kecuali satu doa...”
Apakah doa itu? tanya Imam Ahmad bin Hanbal.
Jawab si pembuat roti: Doa untuk aku melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”
SUBHANALLAH...
Wallahua'lam.
 
P/s: Dari kisah diatas dapatlah kita gambaran jelas kelebihan Beristighfar ,selain dapat menghapuskan dosa ,ia juga dapat menambah rezeki,Allah menunaikan hajat seseorang, menhilangkan keluh-kesah dalam diri dan banyak lagi InsyaAllah ..WallahuA'lam. Jom Istifar.