Sunday, December 27, 2009

KAT CABEL CAR - GUNUNG MAT CINCANG ...


di jejantas cabel car

on the way pi jejantas

dalam keta kabel

berposing gambaq di kawasan rehat cabel car

MELEPAK DI EAGLE SQUARE ...


sempat bergambar di eagle square time malam.....

ni duduk jap kat dataran burung helang tue. nun kat belakang tue. malam pekat sangat, burung pun dah tido daa....

PERJALANAN KE GUNUNG RAYA...


nie gambaq ketika mendakai gunung raya. daki dengan keta. sampai kat tengah jalan, ambik gambaq dulu. nun di bawah sana nampak awam jek. gunung raya nie tempat menteri kebinet jek tinggal. sesajer nak nek tengok. tapi sampai separuh jalan, cuaca dah gelap. so, patah balik jer la. jalan bahaya weh....

Wednesday, December 23, 2009

JALAN-JALAN DI PANTAI TANJUNG RHU ...


humang aiii....lawa siut pantai nie. gila ahhh. nun pandangan jauh di sana. time petang plak waktu matahari nak turun...
aku cakap kat ngko, pantai putih bersih weh. hehe. dah sampai sini tue, kami makan air nyioq ngan dadih kat situ. ingat nak makan laksa, tapi kenyang la plak baru pas makan nasik tadi...

MELAWAT MAKAM MAHSURI .....


bergambar di hadapan makam mahsuri... tue keta sewa tue kat belakang...

nie lah yang di katakan rumah mahsuri dulu. mati di bunuh kerana fitnah...

sejarah kata mahsuri mati kena hukum bunuh sebab fitnah. pastu jadilah langkawi padang jarak padang tekukur. tapi la ni dah maju dah. ramai pi melawat. termasuk kami nie kot yerk..
p/s : yang dok kat tangga tu bukan mahsuri, tue bergaya jer tue. kat sebelah tuh arr laki dia. diaorang nie x der kene mengena dengan mahsuri... hehe

KE PULAU BERAS BASAH ....


percutian diteruskan lagi ke pulau beras basah. ntah kenape nama beras basah tak tau la. sebelum tue pi tengok burung helang turun makan dekat eagli feeding kat pulau singa besaq. hui..nama pulau pelik-pelik sungguh...

kami melepak jap kat pulau beras basah. nama dia macam tue..tapi sebijik beras pun x der. apetah lagi basah. tempat dia lawa. pandangan jauh laut nun di sana...
ni ketika baru sampai. ambik gambor kat jambatan... ada ikan banyak plak kat bawah tuh...

MELAWAT TASIK DAYANG BUNTING.....


sempat berposing bersama mat saleh... sebelum tue siao massage lagi. fish massage. guna ikan keli, besaq plak tue. sib bek tak makan kaki...

hui..lawak oooii tempatnyer. siap bleh mandi lagi. tasik air tawar pulaudayang bunting. pasai pa dayang tu bunting tak tau plak cerita....

al kisah...pulau dayang buning nie wujud pasai sumpahan si gemalai. tapi ada kata si luncai. mana satu ntah. lantaklah. dayang tue tengah bunting, last-last kena sumpah jadi batu. tapi yang tengok bukan batu...gunung. nampak sebijik terkangkang kat situ. orang kata tok bidan pun kena sumpah jadi pulau bidan. tapi tak nampak plak kami pulau tu. mungkin dah jadi doktor agaknya di hospital langkawi kat bukit tekuh tue...

WAKTU PANJAT BUKIT DAYANG BUNTING.....


sempat berposing jap on the way ke tasik...
kera / monyet banyak plak kat sini. tapi tak pe. dia tak kacau. penat gak..tinggi weh bukit tuh...

Tuesday, December 22, 2009

PUSING PULAU DENGAN BOT.....


ketika di atas bot. menyertai pakej island hopping. bermula naik bot di jeti awana porto malai. pastu ntah tekong bot bawak pusing mana tak tau. laju sangat, habeh muka kena ayaq garam.

lama jugak naik bot. kenyang makan angin la lagu nie...

BERCUTI DI PULAU LANGKAWI ...


lepas kenduri kawen setel, maka kami bercutilah di pulau langkawi. sib bek cuti panjang, kalau tak dok umah jer ler. bercuti nie kira honeymoon jugak la kot yerk. 3 hari 2 malam jek. nak wat mcm maner, cuti sket jek. tak pe, lain bulan sambung kat laen plak. time cuti sekolah plak tue, hui..sib baek ada lagi resort. kalau tak..tak tau la nak merempat kat mana....
gambar kenangan di depan tempat penginapan langkapuri inn, pantai cenang langkawi, kedah.

MAJLIS KENDURI KAWEN DI RUMAH PENGANTIN LELAKI ...


pertunjukkan seni silat minangkabau titi batang dan pasukan gendang silat ...

majlis makan beradap dan tarian silat....

di rumah pengantin lelaki, dua pasang pengantin sekali gus diadakan. majlis kenduri di meriahkan lagi oleh pertunjukkan silat dan gendang. alhamdulillah, semua berjalan lancar seperti di rancangkan. doakan kami bahagia selamanya...

dua pasang pengantim bergambar bersama....
perarakan iringin ke rumah pengantin lelaki...